Monday, December 10, 2012

KEPENTINGAN UMAT BUKAN ISLAM PERLU DIJAMIN


 
Baru-baru ini pegawai  Majlis Perbandaran Kota Bahru mengeluarkan saman kepada empat orang lelaki dan wanita menuduh  mereka berkelakuan tidak sopan. Berkelakuan tidak sopan mempunyai taksiran yang berbeza bagi kaum beragama Islam dan bukan beragama Islam. Disebabkan kes itu berlaku di Kelantan, ia amat menarik perhatian orang ramai . Tindakan pegawai MPKB itu telah bercanggah dengan jaminan pemimpin DAP dan PAS bahawa  dasar Islam tidak akan dilaksanakan ke atas kaum bukan beragama Islam. Pengarang berpendapat  bahawa agama, budaya dan adat resam kaum bukan beragama Islam perlu dihormati,  tidak kira parti mana yang memerintahi negara ini.  


Lidah Pengarang Nanyang Siang Pau 10 Disember

Komen : PAS perlu menghormati kebebasan beragama dan amalan budaya dan adat resam dalam kalangan  kaum bukan beragama Islam  supaya selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

 

Tuesday, December 4, 2012

PENCEGAHAN LEBIH BERKESAN DALAM MEMERANGI PENYAKIT AIDS


Usaha memerangi penyebaran penyakit Aids di Malaysia oleh Kementerian Kesihatan telah mencapai hasil yang menggalakkan. Unsur utama penambahan kes penyakit Aids  adalah melalui penyalahgunaan seks dan lain. Dalam usaha mengurangkan kadar penyebaran penyakit Aids,  pencegahan lebih baik daripada rawatan. Kementerian Kesihatan digesa meningkatkan publisiti  tentang pencegahan Aids, khasnya dalam kalangan remaja dan pemuda. Kementerian Pelajaran boleh meningkatkan kesedaran pelajar tentang penyakit Aids melalui pendidikan tentang gaya hidup yang sihat dan kelakuan seks yang selamat. Kementerian Kesihatan juga perlu mengingatkan  rakyat bahawa penyakit Aids boleh disebar melalui infusi darah. Dipercayai melalui usaha pelbagai pihak dan publisiti  serta kesedaran rakyat,  pencegahan Aids akan lebih berkesan.

Lidah Pengarang Nanyang Siang Pau 4 Disember

Komen : Pencegahan Aids perlu diberi keutamaan.

Tuesday, November 27, 2012

ATASI MASALAH PENDIDIKAN CINA SELAMA-LAMANYA

Perjumpaan antara Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan tiga perwakilan persatuan Cina tentang Laporan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 telah membawa hasil. Menteri Pelajar bersetuju untuk mengekalkan  kelas peralihan, mengkaji kurikulum Bahasa Malaysia untuk SJKC dan masa untuk pembelajaran bahasa Mandarin dikekalkan  pada 300 minit seminggu. Pelaksanaan persetujuan  tersebut memang boleh menghapuskan kebimbangan masyarakat Cina bahawa SJKC  akan dijadikan sekolah kebangsaan. Tetapi Laporan Pelan Pembangunan Pendidikan  perlu dengan jelas mengiktiraf sumbangan sekolah pelbagai aliran dan memberi bantuan kepada perkembangan bahasa ibunda. Masalah yang dihadapi oleh SJKC memang banyak. Diharapkan Menteri Pelajaran dapat berjumpa dengan wakil persatuan pendidikan Cina dengan lebih kerap bagi mengatasi masalah-masalah untuk selama-lamanya. 
Rencana Sin Chew Daily 27 November
Komen : Pandangan dan cadangan masyarakat Cina terhadap masalah-masalah pendidikan Cina harus diterima oleh kerajaan agar masalah itu  diatas selama-lamanya.

Wednesday, November 14, 2012

TINDAKAN KESATUAN GURU BESAR DIPUJI

Laporan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 telah menarik perhatian golongan pendidik Cina sejak pengumumannya, khasnya tentang cadangan murid darjah empat  SJKC menggunakan buku teks bahasa Malaysia   sekolah kebangsaan. Pada seminar kajian pelan pembangunan Pendidikan anjuran MCA, para hadirin sebulat suara membantah cadangan itu dan mengemukakan cadangan-cadangan yang membina. Antara mereka yang hadiri seminar itu, Kesatuan Guru Besar Kebangsaan telah mengemukakan laporan yang amat lengkap tentang bantahan penggunaan buku teks bahasa Malaysia sekolah kebangsaan di SJKC dengan menyertakan data dan teori untuk menyokong kenyataannya.
Tidak boleh dinafikan dasar pendidikan negara ini mempunyai banyak kelemahan dan ketidakadilan yang perlu diperbaiki. Dipercayai  melalui cadangan-cadangan yang rasional terhadap dasar pendidikan negara, banyak masalah-masalah boleh diatasi. Cadangan-cadangan yang membina dan profesional serta  tidak berat sebelah  harus dipuji.
Sin Chew Daily 14 November
Komen :  Laporan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 harus dikaji bagi mengatasi perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat.

Tuesday, November 6, 2012

KAJI KELEMAHAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

Tahun lepas kerajaan memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan  Sekolah di sekolah rendah  dan sistem itu dimulakan untuk  pelajar tingkatan satu sekolah menengah tahun ini. Malangnya pelbagai masalah yang timbul  ekoran pelaksanaan PBS telah mencetuskan kritikan semua pihak. Ibu bapa merasa ragu terhadap sistem baru itu  kerana mereka tidak dapat menyelia perkembangan anak mereka, manakala guru sekolah juga kurang faham tentang PBS. Pelbagai masalah yang timbul  terbukti PBS wujud kelemahan dan perlu dikaji dan diperbaiki.

Lidah Pengarang Sin Chew Daily  6 November 2012

Komen : Kerajaan harus mengkaji masalah yang timbul ekoran pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah agar sistem  itu tidak membebankan  guru dan murid sekolah.

Wednesday, October 31, 2012

LAKSANAKAN TEMPOH PERCUBAAN UNTUK AES

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu menggesa Kerajaan Pusat untuk memberitahu rakyat dengan jelas operasi AES bagi menghapuskan kekeliruan. Beliau mencadangkan tempoh percubaan untuk AES sebelum pelaksanaan sepenuhnya.

Berita Sin Chew Daily 31 Oktober 2012

Komen : Kerajaan harus mengkaji semula pelaksanaan AES bagi menghapuskan kekeliruan rakyat.

Friday, October 19, 2012

UBAH SISTEM, HAPUSKAN PENYALAHGUNAAN

Daripada pendedahan pelbagai penyalahgunaan dan pembaziran oleh jabatan dan agensi kerajaan yang dilaporkan oleh  Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun, boleh dikatakan terdapat kelemahan dalam sistem pentadbiran kerajaan. Sekiranya tiada penambahbaikan atau  perubahan dibuat pada sistem pentadbiran jabatan kerajaan sekarang, penyalahgunaan dan pembaziran akan diteruskan setiap tahun. Diharapkan  program transformasi kerajaan dapat menangani masalah penyalahgunaan yang wujud pada pentadbiran kerajaan.
Lidah Pengarang Nanyang Siang Pau  19/10/2012
Komen : Penyalahgunaan pada jabatan dan agensi kerajaan yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara perlu diperbetulkan  demi kebaikan kerajaan dan negara.

Tuesday, October 2, 2012

SEMANGAT DEMOKRASI PADA PILIHAN RAYA KAMPUS

Pilihan raya kampus telah bermula di 20 IPTA dalam negeri. Pilihan raya kampus biasanya diadakan pada bulan Mac atau April tetapi tahun ini diadakan pada bulan September. Ada yang meneka, pilihan raya kampus diadakan pada bulan September  ada kaitan dengan PRU akan datang.  Sama ada pilihan raya kampus tahun ini akan  hangat seperti tahun yang lalu belum diketahui tetapi pertengkaran tentang kelayakan calon telah berlaku pada hari penamaan calon untuk kampus Universiti Malaya. Pada tahun-tahun yang lalu, pilihan raya kampus diganggu oleh parti politik sering berlaku dan dipercayai tahun ini tidak ada kekecualian. Pengarang berpendapat parti politik tidak harus campur tangan dalam pilihan raya kampus. Pelajar IPTA harus diberi kebebasan dalam mengundi. Kerajaan harus memahami pemikiran pelajar IPTA melalui pilihan raya kampus dan tidak campur tangan dalam hal itu.

Monday, October 1, 2012

BAJET YANG AGAK LENGKAP

Bajet 2013 yang diumumkan  oleh PM Datuk Seri Najib Razak boleh dikatakan hampir menemui jangkaan semua pihak. Jumlah peruntukan tahun depan sebanyak RM251.6 bilion telah bertambah 8% berbanding dengan RM232.8 bilion tahun ini. Jumlah peruntukan tahun depan  bertambah adalah wajar kerana pelaksanaan program transformasi kerajaan dan ekonomi. PM jangka pendapatan negara  tahun depan akan mencapai RM208.6 bilion dan ini dapat mengurangkan defisit kepada 4%  daripada 4.5%  pada tahun 2012. Kerajaan yakin defisit akan terus dikurangkan kepada 3% pada tahun 2015.
Pada keseluruhannya Bajet 2013 agak lengkap dan membawa manfaat kepada rakyat walaupun terdapat sesetengah sektor yang masih diabaikan oleh kerajaan selama ini. Diharapkan pada bajet-bajet akan datang, golongan yang diabaikan oleh kerajaan juga diambil berat supaya bajet benar-benar memanfaatkan semua rakyat. 
Lidah Pengarang Nanyang Siang Pau  1 Oktober 2012

Komen : Boleh dikatakan rakyat segenap lapisan mendapat manfaat daripada Bajet 2013.

Friday, September 28, 2012

PEMBAHARUAN PERUNDANGAN PERLU DILAKSANAKAN

Ketika merasmikan Persidangan Undang-Undang Malaysia Antarabangsa 2012, PM Datuk Seri Najib Razak  memberi jaminan  pembaharuan  dalam sistem perundangan negara akan dilakukan secara berterusan. Sejak kebelakangan ini  pembaharuan perundangan  sudah dilakukan dan pindaan-pindaan terhadap akta-akta yang sedia ada merupakan langkah pertama ke arah pembaharuan perundangan negara ini. Sesetengah pembaharuan perundangan telah membawa manfaat kepada rakyat.  Akan tetapi untuk  membentuk satu alam perundangan yang lebih terbuka, demokrasi dan yang hormati hak asasi manusia, pembaharuan perundangan yang lebih besar dan luas  perlu diperkenalkan. Penubuhan Jawatankuasa Pembaharuan  Perundangan merupakan  salah satu cara ke arah matlamat itu.
Lidah Pengarang  Sin Chew Daily   28 September 2012
Komen : Pembaharuan perundangan  yang membawa manfaat kepada rakyat harus diteruskan .

Tuesday, September 25, 2012

TAMBAH BILANGAN RUMAH KOS SEDERHANA DAN RENDAH

TPM Muhyiddin Yassin  berkata, bagi merealisasikan matlamat penduduk mempunyai rumah sendiri kerajaan akan memberi tumpuan kepada pembinaan rumah kos sederhana dan rendah bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah sendiri. Pengarang berpendapat pembinaan rumah kos sederhana dan rendah  haruslah di kawasan yang sesuai kerana pembina rumah di kawasan desa akan menyebabkan rumah kurang laris dan hilang maknanya. Kerjasama bank dalam memberi pinjaman  kepada pembeli rumah akan membantu menjayakan matlamat kerajaan untuk meningkatkan pembinaan rumah kos sederhana dan rendah.
Sin Chew Daily  Lidah Pengarang 25 September 2012
Komen : Tindakan  meningkatkan pembinaan rumah kos sederhana dan rendah harus disokong

Monday, September 24, 2012

SEMANGAT DEMOKRASI PADA PILIHAN RAYA KAMPUS

Pilihan raya kampus telah bermula di 20 IPTA dalam negeri. Pilihan raya kampus biasanya diadakan pada bulan Mac atau April tetapi tahun ini diadakan pada bulan September. Ada yang meneka, pilihan raya kampus diadakan pada bulan September  ada kaitan dengan PRU akan datang.  Sama ada pilihan raya kampus tahun ini akan  hangat seperti tahun yang lalu belum diketahui tetapi pertengkaran tentang kelayakan calon telah berlaku pada hari penamaan calon untuk kampus Universiti Malaya. Pada tahun-tahun yang lalu, pilihan raya kampus diganggu oleh parti politik sering berlaku dan dipercayai tahun ini tidak ada kekecualian. Pengarang berpendapat parti politik tidak harus campur tangan dalam pilihan raya kampus. Pelajar IPTA harus diberi kebebasan dalam mengundi. Kerajaan harus memahami pemikiran pelajar IPTA melalui pilihan raya kampus dan tidak campur tangan dalam hal itu.
Sin Chew Daily   Lidah Pengarang 22 September
Komen : Parti politik tidak harus campur tangan dalam pilihan raya kampus.

Wednesday, September 19, 2012

DASAR ADIL TARIK BALIK BAKAT MALAYSIA

Perbadanan Bakat pada dua bulan yang lalu telah menghantar wakil ke Taiwan  bagi menarik pakar perubatan Malaysia balik berkhidmat untuk Malaysia. Didapati sebanyak 30% pakar perubatan berminat untuk kembali ke Malaysia dalam tempoh tiga tahun. Tindakan tersebut menunjukkan  kekurangan pakar perubatan di negara ini  telah sampai ke tahap kritikal dan kebolehan pelajar SMPC dan pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Taiwan telah diakui oleh Malaysia. Pengarang berpendapat selain menarik bakat Malaysia balik untuk berkhidmat di negara sendiri, adalah penting  sistem pendidikan diubah bagi melatih lebih ramai bakat yang berkualiti. Untuk masa jangka panjang, daripada menarik  balik bakat Malaysia yang berkhidmat di Taiwan, adalah lebih baik kerajaan mengiktiraf UEC serta mengizinkan pelajar SMPC untuk memasuki universiti awam tempatan kerana kebanyakan pelajar  Malaysia yang melanjutkan pelajaran ke universiti di Taiwan memiliki UEC.
Sin Chew Daily 19 September 2012
Komen : Sudah sampai masa kerajaan mengiktiraf  UEC kerana kebanyakan bakat Malaysia yang berkhidmat di Taiwan   memiliki UEC. Mereka melanjutkan pelajaran di Taiwan dan berkhidmat untuk Taiwan kerana Kerajaan tidak mengiktiraf UEC.

Wednesday, September 12, 2012

MASA TELAH SAMPAI UNTUK PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

Laporan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 yang dilancarkan  oleh PM telah dengan jelas dan ikhlas  menyenaraikan  kelemahan sistem pendidikan sekolah rendah dan  menengah  negara ini dari zaman dahulu hingga ke zaman sekarang. Diharapkan formula dicari bagi mengatasi sistem pendidikan negara sekarang yang telah ketinggalan zaman selama  20 tahun. Dalam Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025, Kementerian Pelajaran amat mengambil berat penguasaan  Bahasa Malaysia dan Inggeris dengan menetapkan satu pelan dasar bahasa untuk meningkatkan penguasaan bahasa dalam kalangan pelajar.  Kementerian Pelajaran juga merancang langkah-langkah untuk meningkatkan kualiti dan kemampuan para guru supaya  pendidikan yang berkualiti disalurkan kepada  pelajar demi meningkatkan taraf pendidikan negara ini.  Orang ramai digesa mengemukakan pandangan dan cadangan membina terhadap Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 agar generasi muda kita menerima pendidikan yang berkualiti serta mempunyai daya saing yang tinggi menghadapi dunia masa depan .
Sin Chew Daily 12 September 2012
Komen : Dasar Pendidikan Negera  yang telah ketinggalan zaman memang perlu dikaji semula demi kebaikan masa depan generasi muda sekarang dan yang akan datang.

Tuesday, September 4, 2012

KOH TSU KOON : TUKAR BENDERA DAN PIJAK GAMBAR PM BERTENTANG DENGAN RUKUN NEGARA

Gerakan mengkritik tindakan sesetengah  peserta perhimpunan Janji Bersih yang memaparkan bendera baru dan memijak gambar PM semasa sambutan ambang kemerdekaan di Dataran Merdeka. Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon  menyifatkan tindakan tersebut sebagai bertentangan dengan Rukun Negara.

Sin Chew Daily 3 September 2012

Komen : Perbuatan memijak gambar pemimpin negara tidak wajar dilakukan.

Thursday, August 23, 2012

PHENG YIN HUAH: MINTA SUPAYA SURAT KELULUSAN DITAMBAH PERKATAAN UEC DAN SMPC

Presiden Hua Zong, Pheng Yin Huah mengingatkan masyarakat Cina  untuk prihatin kepada perkara 8 dalam surat kelulusan Sekolah Menengah Chong Hwa Kuantan, perkara itu tidak terdapat untuk penubuhan sekolah menengah kebangsaan. Beliau menegaskan Perkara 8 telah menjelaskan  kurikulum yang diluluskan  untuk institusi itu adalah Kurikulum Kebangsaan (KBSM dan KSSM). Kementerian Pelajaran juga mengambil maklum bahawa institusi yang ditubuhkan itu akan juga melaksanakan mata pelajaran di luar Kurikulum Kebangsaan.
Katanya surat kelulusan berkenaan akan dikembali kepada Kementerian Pelajaran untuk pindaan. Jawatankuasa Kerja Pulihkan SMPC Kuantan akan memperjuangkan  supaya perkataan UEC dan SMPC dimasukkan dalam surat kelulusan berkenaan.

Sin Chew Daily 23 Ogos 2012

Komen :  Tindakan Jawatankuasa Kerja Pulihkan SMPC Kuantan untuk memperjuangkan  supaya perkataan UEC dan SMPC dimasukkan dalam surat kelulusan berkenaan harus disokong bagi menghapuskan kekeliruan dalam masyarakat Cina.

Wednesday, August 15, 2012

MCA DIMINTA UMUMKAN SURAT KELULUSAN SMPC KUANTAN

Timbalan Pengerusi Dong Zong, Chow Siow Hon berpendapat bahawa surat kelulusan kepada SMPC Kuantan harus diumumkan oleh MCA dan bukan oleh Jawatankuasa Kerja SMPC Kuantan atau Lembaga Pengurus SMPC Chung Hwa Kuala Lumpur. Katanya tindakaan MCA yang membantu memperjuangkan kelulusan SMPC Kuantan tetapi tidak mahu mengumumkan surat kelulusan secara terbuka telah menimbulkan kekeliruan masyarakat Cina. 

Nanyang Siang Pau 14 Ogos

Komen : Adalah wajar pihak berkenaan mengumumkan butiran surat kelulusan SMPC Kuantan bagi menjawab kekeliruan masyarakat Cina.

Tuesday, August 7, 2012

PINGAT PERAK YANG PALING DIHORMATI

Pertandingan badminton menjadi acara sukan Olimpik London 2012  yang paling menarik perhatian  orang ramai.  Pemain badminton China , Lin Dan  telah memenangi pingat emas  Olimpik mengalahkan pemain badminton Malaysia, Lee Chong Wei. Sungguhpun Lee Chong Wei hanya mendapat pingat perak tetapi beliau telah memberikan permainan terbaik dan dipuji kerana telah menunjukkan semangat sukan yang amat tinggi dan dihormati rakyat seluruh dunia. Lee Chong Wei tetap menjadi pemain  badminton yang paling hebat dan dihormati oleh rakyat  Malaysia.
 Lidah Pengarang  Nanyang Siang Pau 7 Ogos 2012
Komen : Sungguhpun Lee Chong Wei telah kalah kepada Lin Dan pada Olimpik London 2012 tetapi semangat sukan yang amat tinggi yang ditunjukkan oleh beliau harus menjadi contoh kepada rakyat seluruh dunia khasnya rakyat Malaysia.

Thursday, August 2, 2012

JANGAN BIAR EMOSI GANGGU PEMIKIRAN

Pada hari Selasa, Jabatan Perdana Menteri mengumumkan bahawa Yang  Di-Pertuan  Agong telah bersetuju untuk melucut jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang dijawat  oleh Datuk Seri Lajim Ukin. Pengumuman Wilfred Bumburing dan Lajim Ukin untuk keluar dari BN menjelang PRU akan datang diperayai ada kaitan dengan PR Sabah. Sama ada dua pemimpin tersebut mampu menarik pengundi Sabah bagi  memberi sokong kepada PR belum dipasti, yang pasti ialah arena politik Sabah akan diselubungi pelbagai khabar angin. Pengundi perlu berhati-hati dalam memilih calon berdasarkan prestasi mereka.   

Lidah Pengarang Nanyang Siang Pau 2 Ogos

Komen : Pelucutan jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang dijawat oleh Datuk Seri Lajim Ukin  adalah wajar memandangkan beliau telah keluar dari BN.

Friday, July 27, 2012

RASIONAL TERHADAP PEMASANGAN RFID UNTUK INDUSTRI SARANG BURUNG

Pengarang berpendapat jika pihak China telah menetapkan syarat-syarat yang perlu diikuti oleh negara-negara yang ingin mengeksport sarang burung ke China, termasuk pemasangan RFID pada rumah burung walet, pengusaha sarang burung walet haruslah mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Ini akan memudahkan pengeksportan sarang burung walet ke China. Kerajaan digesa membantu pengusaha kecil untuk memasang RFID supaya pengeksport sarang burung walet ke China dapat dipercepatkan.

Lidah Pengarang Nanyang Siang Pau 27 Julai 2012

Komen : Pengusaha sarang burung walet harus mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan  oleh negeri China jika mereka ingin mengeksport sarang burung ke negeri China.

Wednesday, July 25, 2012

PENGURUSAN BEKALAN AIR

Kerajaan Pusat telah memutuskan untuk menyempurnakan tender untuk dua loji rawatan air di Hulu Langat dalam masa terdekat bagi mengelakkan berlakunya kekurangan bekalan air di Selangor. Disebabkan masalah penyelarasan tarif air dan pampasan belum diselesaikan, Kerajaan Pusat telah menolak cadangan Kerajaan Selangor untuk mengambil alih SYABAS.
Pengarang berpendapat Kerajaan Pusat dan Negeri harus mengetepikan perselisihan mereka pada politik dan menangani masalah bekalan air  secara profesional.Kerajaan Pusat harus hormati Kerajaan Negeri dan Kerajaan Selangor harus meluluskan pembinaan loji rawatan air bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. 

Lidah Pengarang Sin Chew Daily 25 Julai 2012

Komen : Kerjasama antara Kerajaan Pusat dan Selangor perlu dalam mengatasi masalah kekurangan bekalan air  di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. 

Thursday, July 19, 2012

SC PERLU TINGKATKAN KAWALAN TERHADAP PERUSAHAAN

Disebabkan bekas CEO Syarikat Sime Darby, Ahmad Zubir tidak memelihara kepentingan syarikat dan juga menipu Majlis Pengarah yang menyebabkan syarikat mengalami kerugian lebih RM 100 juta, beliau didakwa di mahkamah oleh SPRM. Peristiwa itu amat menarik perhatian pasaran. Campur tangan ahli politik  dalam  perusahaan menyebabkan sesetengah  pegawai kanan syarikat yang tersenarai dalam BSKL  tidak menghiraukan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Oleh itu SC diminta tingkatkan kawalan terhadap syarikat-syarikat yang tersenarai dalam BSKL.

Lidah Pengarang Sin Chew Daily 19 Julai

Komen : SC perlu tingkatkan kawalan terhadap syarikat-syarikat tersenarai dalam BSKL supaya kes rasuah, penyalahgunaan kuasa oleh pegawai kanan syarikat dikurangkan.

Tuesday, July 10, 2012

DEBAT MASIH TIDAK TUMPU PADA DASAR DAN CARA PELAKSANAAN

Pakar analisa politik, Cheah See Kian dan komentator hal ehwal semasa, Zheng Ming Lie berpendapat debat 2.0 antara Lim Guan Eng dan Chua Soi Lek kali ini telah bertambah baik berbanding debat kali pertama. Akan tetapi kedua-dua pihak lebih menumpu perhatian kepada kelemahan pihak penentang dan kurang menyentuh tentang dasar-dasar dan cara pelaksanaan dasar berkenaan.

China Press 10 Julai 2012

Komen : Orang ramai kecewa terharap debat 2.0 antara  Lim Guan Eng dan Chua Soi Lek kerana kedua-dua pihak asyik menekan kepada prestasi yang lalu dan kurang menyentuh dasar-dasar yang akan dilaksanakan  dan cara pelaksanaannya.

Monday, July 9, 2012

BANTU PENANAM BUAH DAN SAYUR ATASI KESUSAHAN

Penanam buah dan sayur negara ini  pada keseluruhannya menghadapi tiga masalah utama iaitu kekurangan pekerja, hilang subsidi pengeluaran dan tanah cucuk tanam yang tidak mencukupi. Masalah itu menjejaskan pengeluaran buah-buahan dan sayur-sayuran oleh penanam. Di bawah konsep 'Rakyat didahulukan' kerajaan harus memberi bantuan kepada sektor pertanian supaya pengeluaran buah-buahan dan sayur-sayuran dipertingkatkan. Sektor pertanian sebagai penggerak pertumbuhan ekonomi negara ini harus diberi perhatian dan bantuan.

Lidah Pengarang Sin Chew Daily 9 Julai 2012

Komen : Kerajaan harus memberi bantuan kepada para penanam sayur-sayuran dan buah-buahan untuk meningkatkan hasil pertanian supaya Malaysia tidak bergantung kepada sayur-sayuran dan buah-buahan import.

Saturday, July 7, 2012

PARTI POLITIK HARUS RASIONAL DALAM KEMUKAKAN SOALAN

Pengarang amat kesal dengan amalan sesetengah wakil rakyat yang suka mengemukakan persoalan yang tidak ada kaitan dengan kepentingan rakyat pada sidang DUN atau Parlimen. Contohnya Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Melaka, Gan Tian Loo pada Sidang DUN Melaka baru-baru ini  telah mempersoalkan ADUN DAP, Chew Gek Cheng tentang hubungan sulit  suaminya Lim Guan Eng dengan Ng Phaik Kheng. Peristiwa itu menyebabkan  lima orang ADUN DAP dihalang daripada menghadiri sidang DUN Melaka selama 6 bulan.
Sungguhpun MCA telah berjaya membalas dendam terhadap DAP tetapi cara MCA mengemukakan persoalan dalam DUN Melaka dianggap tidak berkualiti dan menyebabkan imej MCA terjejas. Mempergunakan isu seks untuk menyerang musuh adalah satu cara yang tidak sihat dan tidak berkualiti dalam arena politik.

Sin Chew Daily  Lidah Pengarang  6 Julai 2012

Komen : Ahli politik perlu bijak dalam mengemukakan persoalan dalam DUN atau parlimen  demi kepentingan  rakyat.

Thursday, July 5, 2012

POLITIK YANG TIDAK TERTAHAN

Pada hari Ahad  lalu, Ketua Menteri Melaka berkata, MCA tidak akan tinggalkan Melaka dan pada hari Isnin, ahli Exco Melaka, Gan Tian Loo membangkitkan skandal Lim Guan Eng pada sidang DUN Melaka. MCA memang berhak melakukan tindak   balas terhadap  serangan hebat  DAP selama ini. Tetapi mempergunakan  hal peribadi  khasnya membawa masuk skandal yang belum disahkan ke dewan undangan negeri (tempat suci) dianggap mempergunakan sumber awam untuk kepentingan parti politik. Seluruh peristiwa nampaknya telah diatur dengan lebih awal. Contohnya Speaker DUN  Melaka membenarkan media utama untuk memasuki DUN untuk mengambil gambar. TV3 pada malam hari Isnin telah memaparkan gambar Betty Chew Gek Cheng dan Utusan Malaysia melaporkan berita Betty Chew di muka  depan akhbarnya. Pengarang berpendapat  bahawa di   Malaysia tidak ada  orang suci pada arena politik. Para ahli politik mempunyai kelemahan sama ada kecil atau besar. Jika masalah peribadi tidak  menjejaskan kepentingan awam  atau menyalahgunakan sumber kerajaan, adalah tidak baik  agensi awam dipergunakan untuk bertindak terhadap pihak berkenaan.

Rencana Sin Chew Daily  5 Julai 2012
Komen : Hal  atau skandal peribadi yang belum disahkan harus tidak dibawa masuk ke Dewan Undangan Negeri untuk perbincangan.

Thursday, June 28, 2012

BAGAIMANA KAUM CINA BOLEH MENYERTAI PERKHIDMATAN AWAM ?

Penulis rencana tidak bersetuju dengan kenyataan Pengerusi CUEPACS bahawa jawatan dan gaji menjadi punca kuam Cina tidak minat menyertai perkhidmatan awam. Difahamkan iklan pengambilan penjawat awam biasanya dikeluarkan melalui   akhbar Bahasa Malaysia. Kaum Cina tidak membaca akhbar Bahasa Malaysia, mereka tidak tahu bilakah  JPA akan mengambil penjawat awam baru . Ramai pegawai kanan kerajaan  menegaskan gaji tinggi sektor swasta telah menarik kaum Cina. Sebenarnya bukan semua syarikat swasta  menawarkan gaji yang tinggi. Sesetengah pekerja swasta menerima gaji yang lebih rendah berbanading dengan gaji  penjawat awam sekarang.

China Press 28 Jun 2012

Komen : JPA diminta mengiklankan pengambilan penjawat awam di akhbar Cina dan Tamil  tempatan supaya lebih ramai kaun bukan Melayu berpeluang  memohon jawatan dalam  perkhidmatan awam.

Tuesday, June 26, 2012

GAJI MINIMUM YANG BERBEZA UNTUK SEKTOR BERLAINAN

Persekutuan  Persatuan Ekonomi dan Perdagangan Malaysia –China menyeru kerajaan untuk menangguhkan serta mengkaji semula sistem gaji minimum sektor swasta. Persatuan itu berpendapat gaji minimum yang berbeza harus ditetapkan bagi sektor yang berbeza. Ini supaya sistem gaji minimum tidak membawa  kesan negatif kepada ekonomi  negara.

China Press  25 Jun 2012

Komen : Cadangan gaji minimum yang berbeza untuk sektor yang berlainan disokong.

Thursday, June 21, 2012

SKIM PENCEN SEUMUR HIDUP

Cadangan  Skim Pencen Seumur Hidup bagi menangani   masalah pesara menghabiskan semua wang simpanan KWSP dalam tempoh 3 hingga 5 tahun selepas bersara memang baik. Penulis berpendapat pihak berkuasa harus berusaha meningkatkan wang simpanan pekerja supaya keluaran wang simpanan pesara setiap bulan mampu mengatasi keperluan harian.  Selain itu pesara harus diberi opsyen untuk mengeluarkan wang simpanan dengan sejumlah yang besar bagi menangani  hal  kecemasan yang berlaku.

Rencana Nanyang Siang Pau 21 Jun 2012

Komen : Pelaksanaan Skim Pencen Seumur haruslah fleksibel mengikut keperluan individu.

Tuesday, June 19, 2012

BEBAS DAN TERBUKA ADALAH TREND DUNIA

PM Datuk Seri Najib Razak memilih untuk menghapuskan beberapa amalan yang buruk menjelang PRU akan datang merupakan satu keputusan  politik yang berani dan bijak. Rakyat perlu memberi sokongan penuh kepada beliau. Sebagai negara yang mengamalkan sistem demokratik, bebas dan terbuka adalah haluan Malaysia.

Nanyang Siang Pau (Opinion) 19 Jun 2012

Komen : Keputusan kerajaan untuk menghapuskan amalan buruk seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri  ( ISA)  perlu disokong.

Thursday, June 14, 2012

DONG ZONG DAN MCA TIDAK BIJAK

Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak permohonan Sekolah Menengah Persendirian Cina di Kuantan dengan alasan beliau terikat oleh ‘Perjanjian sejarah’ iaitu parti komponen BN telah mencapai persetujuan dengan kerajaan untuk mengekalkan status quo sekolah menengah persendirian Cina pada tahun 1995 semasa pembentangan Rang Undang-undang Pendidikan  1995 . Kenyataan  Muhyiddin telah mencetuskan perselisihan antara Dong Zong dan MCA tentang perjanjian berkenaan.  Penulis rencana berpendapat Dong Zong dan MCA tidak harus membuang masa bertengkar tentang sama ada perjanjian itu wujud tetapi meminta Muhyiddin untuk mengemukakan perjanjian sejarah yang disebutnya. Jika perjanjian sejarah tidak wujud, Muhyiddin perlu membetulkan kenyataannya, tetapi jika perjanjian sejarah itu wujud, MCA perlu meminta supaya kerajaan membatalkannya.
Rencana China Press 14 Jun 2012
Komen : Cadangan penulis rencana ini  harus dipertimbangkan oleh Dong Zong dan MCA dalam usaha mendapatkan kelulusan bagi membina sebuah sekolah menengah persendirian Cina di Kuantan.

Saturday, June 9, 2012

KEPUTUSAN POLITIK YANG SALAH

Untuk mencabar kemampuan kerajaan PR dalam melaksanakan dasar pendidikan percuma di Selangor, Kementerian Pengajian Tinggi  dengan tiba-tiba membekukan pinjaman PTPTN kepada pelajar-pelajar baru yang belajar di universiti-universiti di bawah Kerajaan Selangor.Pada  hal itu Kementerian Pengajian Tinggi telah menerima kritikan dari pelbagai pihak termasuk  pihak penentang dan pihak penyokong kerajaan. Akhirnya Kementerian Pengajian Tinggi  terpaksa mengumumkan  pembekuan berkenaan ditarik balik.Daripada sudut politik, PR lebih mahir dalam menangani krisis. Langkah BN yang menggunakan pelajar sebagai buah catur  bukan sahaja tidak berjaya mengalahkan publisiti PR yang membangkitkan pendidikan percuma  tetapi mencetuskan bantahan banyak pihak.

Nanyang Siang Pau 9 Jun 2012.

Komen : Pengumuman Kementerian Pengajian Tinggi untuk menarik balik pembekuan pinjaman PTPTN kepada pelajar-pelajar baru universiti-universiti di bawah Kerajaan PR Selangor adalah tepat memandangkan  tindakan memberi pinjaman kepada pelajar yang memerlukan bantuan adalah  tanggungjawab kerajaan.


Friday, June 8, 2012

PM DAN TIMBALAN SETUJU SIASAT KONTRAK SOSIAL

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata,  berhubung kontrak sosial yang dibangkitkan oleh Dong Zong, empat menteri MCA telah menyatakan pendirian mereka tentang perkara kontrak sosial kepada Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin di mana PM dan TPM telah bersetuju MCA menjalankan siasatan terhadap  kontrak berkenaan.

Nanyang Siang  Pau 7 Jun 2012

Wednesday, May 30, 2012

POLITIK YANG IDEAL UNTUK KAUM CINA

Sungguhpun politik  dua barisan telah dibentuk di negara ini tetapi sesetengah pemimpin politik Cina masih tidak  terkeluar daripada sikap bergantung pada orang lain dalam memperjuangkan hak kaum Cina . Kaum Cina tidak dalam aliran utama  politik telah lama tersemai dalam pemikiran orang Cina.
Timbalan Menteri Kewangan , Lim Siang Chai   berkata, disebabkan dalam Kementerian  Perdagangan Antarabangsa dan Industri tidak mempunyai Menteri atau Timbalan Menteri Cina, ini menjejaskan  usaha Malaysia dalam menarik pelabur asing. Manakala Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek mencabar DAP supaya orang Cina   menjawat jawatan menteri penting jika  PR berkuasa. Kenyataan  kedua-dua Menteri MCA tersebut bercanggah. Jika Menteri  Cina begitu penting , kenapa MCA  tidak memperjuangkan  jawatan berkenaan? Adakah MCA tidak mahu mengubah keadaan sekarang yang menjadi ‘ tuan  yang tidak berkuasa’?
Kaum Cina menuntut politik dua barisan bagi menyekat  politik perkauman dan mahu membentuk satu sistem yang lebih sihat serta dasar yang lebih baik.  Dengan adanya  sistem yang lengkap, pendidikan Cina boleh nikmati status yang sama dengan sekolah aliran yang lain.

Rencana Sin Chew Daily 30 Mei 2012

Friday, May 18, 2012

PENYEPIT BULUH DARI CHINA BERACUN

Harian ini melaporkan bahawa penyepit buluh dari China beracun . Ini kerana dalam proses membuat penyepit buluh, agen peluntur dan bahan awet digunakan  supaya penyepit buluh nampak bersih, putih  dan boleh simpan lama. Penyepit buluh dari China itu digunakan oleh kebanyakan penjaja tempatan kerana harganya yang murah berbanding harga produk tempatan atau dari Vietnam dan Jepun.


Sin Chew Daily  18 Mei 2012

Wednesday, May 16, 2012

江作漢:“WWW”車牌競標人數破紀錄

交通部長拿督斯里江作漢說,總共有18243人參與競標聯邦直轄區“WWW”的車牌,打破了之前“WVW”車牌的4750人競標記錄,並創下歷史上最高記錄。
Sin Chew Daily15 Mei 2012

Tuesday, May 8, 2012

PHENG YIN HUAH CADANG DUA MESYUARAT MEJA BULAT

Ekoran pengumuman Dong Zong untuk keluar dari mesyuarat meja bulat Jawatankuasa Atasi Kekurangan Guru SJKC, Presiden Hua Zong, Tan Sri Pheng Yin Huah berkata, Hua Zong mungkin meminta kerajaan untuk mengadakan dua mesyuarat meja bulat dalam mengatasi masalah kekurangan guru SJKC. Satu untuk merealisasikan  ketetapan yang dicapai pada perhimpunan 3.25 dan yang satu lagi untuk merealisasikan dasar pendidikan. Dengan ini Dong Zong boleh menyertai mesyuarat meja bulat tentang dasar pendidikan.

Friday, May 4, 2012

CHUA SOI LEK :JANGAN ASYIK SALAHKAN POLIS SEBELUM HAL SEBENAR DIDEDAHKAN

Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek berkata, sebelum memahami asal usul hal polis bertindak ganas terhadap wartawan pada perhimpunan 4.28, jangan asyik menyalahkan pihak polis.


Sin Chew Daily 4 Mei 2012

Tuesday, April 24, 2012

PEPERANGAN HIDUP DAN MATI UNTUK GERAKAN

PM Datuk Seri Najib Razak berkata,'Strategi Pakej Mesti Menang' perlu diadakan jika BN ingin menang. Ini bermakna menerima hakikat bahawa keadaan politik telah berubah dan masa sudah tiba  untuk menukar pucuk pimpinan. Sama ada strategi tersebut berkesan perlu melalui ujian PRU akan datang. Jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang diberi kepada Gerakan mungkin menjadi peluang akhir kepada Gerakan untuk menunjuk kebolehannya. Sekiranya Gerakan tidak berjaya mempertahankan kuasa BN di Pulau Pinang atau tidak mencapai prestasi yang lebih  baik berbanding dengan keputusan PRU pada Mac 2008, dipercayai Jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang besar kemungkinan akan jatuh pada tangan MCA atau UNMO.

Nanyang Siang Pau  24 April 2012

Monday, April 16, 2012

BIASISWA 1 MALAYSIA

Masyarakat Cina merasa gembira dan sedih terhadap Skim Biasiswa 1Malaysia. Gembira kerana seramai 1609 pelajar SPM yang mendapat 9A+ akan menerima bantuan daripada kerajaan. Yang sedih ialah kerajaan masih menggunakan sistem kuota dalam pengagihan biasiswa kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Di bawah  konsep 1 Malaysia, kerajaan memberi bantuan kepada golongan berpendapatan  rendah tanpa mengirakan kaum. Kenapa Kerajaan masih kekalkan sistem kuota dalam pengagihan biasiswa  untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dan bukan gunakan sistem merit? Pengagihan biasiswa luar negara perlu selaras dengan konsep 1 Malaysia supaya mereka yang berbakat dipupuk menjadi pemimpin negara.

Nanyang Siang Pau 15 April 2012

Saturday, April 14, 2012

MASALAH KEKURANGAN SJKC

Dalam tempoh 1980-2011, bilangan murid di SK bertambah 962,370 dan bilangan sekolah  kebangsaan telah bertambah 1334 buah. Manakala bilangan murid di SJKC bertamban 26157  orang tetapi  bilangan sekolah jenis kebangsaan Cina dikurangkan  21  buah.   Dalam erti lain  penambahan  setiap 721 murid di SK akan bertambah satu sekolah. Jika mengikut  kiraan tersebut, bilangan SJKC patut bertambah 36 buah dalam tempoh 31 tahun yang lalu. Penulis  mencadangkan  tiga strategi  dalam mengatasi kekurangan bilangan SJKC iaitu bina sekolah , pindah dan tambah bilangan bilik sekolah.

Nanyang Siang Pau  13 April 2012 (Opinion)

Tuesday, April 3, 2012

PROGRAM TRANSFORMASI MEMBAWA KESAN POSITIF

Ketika melancarkan laporan Program Transformasi 2011, Datuk Seri Najib Razak  telah mengumumkan pencapaian kerajaan di bawah  Program Transformasi sejak tiga tahun yang lalu. Penulis berpendapat sungguhpun terdapat sedikit pengubahan dan penambahbaikan di bawah program transformasi tetapi pengubahan itu masih belum mencukupi. Ini kerana  dalam bidang  pakar teknologi, pendidikan, pendapatan rakyat, sistem  sosial dan lain Malaysia  masih jauh di belakang berbanding dengan negara maju.

China Press 3 April 2012

Wednesday, March 21, 2012

PANDANG PERHIMPUNAN 325 DARI SUDUT PENDIDIKAN

Sebenarnya isu pendidikan adalah tanggungjawab kerajaan dan rakyat tidak perlu membimbangkannya. Disebabkan kekurangan guru yang serius di SJKC, NGO dan rakyat ingin mengadakan perhimpunan  awam pada 25 Mac bagi membantah tindakan kerajaan yang mengabaikan masalah SJKC selama 40 tahun.  Perkara yang aneh itu hanya berlaku di Malaysia. Masyarakat Cina ingin pelihara pendidikan ibunda, ini  adalah hak asasi manusia. Tindakan kerajaan yang cuba mengetepikan rayuan  rakyat bukan cara yang bijak.  Perhimpunan  awam anjuran Dong Zong pada 25 Mac bukan pentas untuk pilihan raya . Ahli politik digesa supaya tidak menggunakan perhimpunan itu untuk mengaup kepentingan politik dan mengaburkan   fokus perhimpunan.
Sin Chew Daily  21.3.2012

Wednesday, March 14, 2012

那麼,統考文憑呢?

馬中大學互認學位,終於水到渠成。
今後從我國承認的146所中國大學畢業歸國的學生,所持的學位將獲得政府承認,文科者可以進入國中教書、理工科者可以進入各政府部門服務,和其他在本地大學或西方國家大學畢業的人才,同工同酬。
這對目前在中國留學的3千餘名大馬生而言,確是好消息。
據悉留台聯總爭取多年的承認台灣大專學位一事,也將很快有消息,若是如此,那肯定是喜上加喜。
那麼,統考文憑呢?
承認中台大學學位,卻不承認獨中統考文憑,這是不合乎邏輯的。
目前在中台深造的學生,有八成以上是以獨中統考文憑申請入學。
沒有獨中統考文憑,哪能到中國留學,取得政府承認的中國大學學位?
政府既能承認中國大學學位,就必須面對現實,一併承認統考文憑,才合乎程序和情理。
政府不應再逃避獨中統考文憑的問題,應坦誠而一勞永逸地承認它的地位,拔除華社心中的尖刺。

陳寶卿  星洲日報 14.3.2012

Tuesday, March 13, 2012

ADAKAH KES NFC TELAH SELESAI ?

Lima bulan setelah  skandal NFC didedahkan,  Shahrizat pada akhirnya mengundur diri sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan suaminya Mohamad Salleh didakwa di mahkamah atas kesalahan yang berlaku. Ini bermakna UMNO inginkan   kes NFC diselesaikan bagi menghadapi kemungkinan pilihan raya umum diadakan pada bulan Mei atau Jun.  Disebabkan Shahrizat masih kekal dengan jawatan dalam UMNO . Ini memberi peluang kepada parti pembangkang untuk mempersoalkan kewibawaan UMNO.  Kes NFC mencerminkan satu realiti iaitu UMNO telah hilang semangat  bertanggungjawab dan rela berkorban. Ini menjadi satu kelemahan dalam mempertahankan kuasa UMNO.
Rencana  Sin Chew Daily  pada 13 Mac 2012

Wednesday, March 7, 2012

黑心食油充斥市場

黑心食油充斥市場
在享用佳餚的當兒,很多人可能不知道,眼前的美食可能是用加工的回鍋油所烹煮出來的。這些讓食物顯得色澤鮮豔的食油前身,很有可能是攤販油炸多次變黑後轉賣,再由不法商人幾經處理後流入市場的回鍋油!回鍋油在經過過濾、“洗油”、除臭、漂白後便能看起來與新鮮食油無異。  星洲日報  7.3.2012

Friday, March 2, 2012

TANPA NADIR BUMI TIDAK BOLEHKAH ?

Selain penduduk Kuantan, pakar dan rakyat negeri lain  juga memberi sokongan  kepada Himpunan Hijau 2.0  membantah syarikat Lynas.  Malangnya pihak berkuasa  tidak mendengar rayuan rakyat  tetapi memberi lesen sementara kepada Syarikat Lynas dan   berkata akan mengawal rapi operasi syarikat itu.
PM memberi jaminan bahawa kerajaan  akan mencari formula mengatasi  skim nadir bumi yang boleh diterima oleh rakyat  serta  tidak menjejaskan pelaburan. Penulis  bertanyakan Kerajaan adakah Malaysia akan menjadi muflis jika tanpa  skim nadir  bumi.
Sumber :  Komen  ruangan Kedai   Kopi Orang Ramai , ‘China Press’  bertarikh  29.2 2012
Madam WKH: Menujukan kepada   komen  tersebut,  saya merayu kepada Kerajaan untuk segera memberi penjelasan kepada rakyat dan  mengumumkan formula  menang-menang kepada rakyat dan kerajaan supaya Himpunan Hijau tidak berlarutan pada masa terdekat.