Thursday, August 23, 2012

PHENG YIN HUAH: MINTA SUPAYA SURAT KELULUSAN DITAMBAH PERKATAAN UEC DAN SMPC

Presiden Hua Zong, Pheng Yin Huah mengingatkan masyarakat Cina  untuk prihatin kepada perkara 8 dalam surat kelulusan Sekolah Menengah Chong Hwa Kuantan, perkara itu tidak terdapat untuk penubuhan sekolah menengah kebangsaan. Beliau menegaskan Perkara 8 telah menjelaskan  kurikulum yang diluluskan  untuk institusi itu adalah Kurikulum Kebangsaan (KBSM dan KSSM). Kementerian Pelajaran juga mengambil maklum bahawa institusi yang ditubuhkan itu akan juga melaksanakan mata pelajaran di luar Kurikulum Kebangsaan.
Katanya surat kelulusan berkenaan akan dikembali kepada Kementerian Pelajaran untuk pindaan. Jawatankuasa Kerja Pulihkan SMPC Kuantan akan memperjuangkan  supaya perkataan UEC dan SMPC dimasukkan dalam surat kelulusan berkenaan.

Sin Chew Daily 23 Ogos 2012

Komen :  Tindakan Jawatankuasa Kerja Pulihkan SMPC Kuantan untuk memperjuangkan  supaya perkataan UEC dan SMPC dimasukkan dalam surat kelulusan berkenaan harus disokong bagi menghapuskan kekeliruan dalam masyarakat Cina.

Wednesday, August 15, 2012

MCA DIMINTA UMUMKAN SURAT KELULUSAN SMPC KUANTAN

Timbalan Pengerusi Dong Zong, Chow Siow Hon berpendapat bahawa surat kelulusan kepada SMPC Kuantan harus diumumkan oleh MCA dan bukan oleh Jawatankuasa Kerja SMPC Kuantan atau Lembaga Pengurus SMPC Chung Hwa Kuala Lumpur. Katanya tindakaan MCA yang membantu memperjuangkan kelulusan SMPC Kuantan tetapi tidak mahu mengumumkan surat kelulusan secara terbuka telah menimbulkan kekeliruan masyarakat Cina. 

Nanyang Siang Pau 14 Ogos

Komen : Adalah wajar pihak berkenaan mengumumkan butiran surat kelulusan SMPC Kuantan bagi menjawab kekeliruan masyarakat Cina.

Tuesday, August 7, 2012

PINGAT PERAK YANG PALING DIHORMATI

Pertandingan badminton menjadi acara sukan Olimpik London 2012  yang paling menarik perhatian  orang ramai.  Pemain badminton China , Lin Dan  telah memenangi pingat emas  Olimpik mengalahkan pemain badminton Malaysia, Lee Chong Wei. Sungguhpun Lee Chong Wei hanya mendapat pingat perak tetapi beliau telah memberikan permainan terbaik dan dipuji kerana telah menunjukkan semangat sukan yang amat tinggi dan dihormati rakyat seluruh dunia. Lee Chong Wei tetap menjadi pemain  badminton yang paling hebat dan dihormati oleh rakyat  Malaysia.
 Lidah Pengarang  Nanyang Siang Pau 7 Ogos 2012
Komen : Sungguhpun Lee Chong Wei telah kalah kepada Lin Dan pada Olimpik London 2012 tetapi semangat sukan yang amat tinggi yang ditunjukkan oleh beliau harus menjadi contoh kepada rakyat seluruh dunia khasnya rakyat Malaysia.

Thursday, August 2, 2012

JANGAN BIAR EMOSI GANGGU PEMIKIRAN

Pada hari Selasa, Jabatan Perdana Menteri mengumumkan bahawa Yang  Di-Pertuan  Agong telah bersetuju untuk melucut jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang dijawat  oleh Datuk Seri Lajim Ukin. Pengumuman Wilfred Bumburing dan Lajim Ukin untuk keluar dari BN menjelang PRU akan datang diperayai ada kaitan dengan PR Sabah. Sama ada dua pemimpin tersebut mampu menarik pengundi Sabah bagi  memberi sokong kepada PR belum dipasti, yang pasti ialah arena politik Sabah akan diselubungi pelbagai khabar angin. Pengundi perlu berhati-hati dalam memilih calon berdasarkan prestasi mereka.   

Lidah Pengarang Nanyang Siang Pau 2 Ogos

Komen : Pelucutan jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang dijawat oleh Datuk Seri Lajim Ukin  adalah wajar memandangkan beliau telah keluar dari BN.