Friday, September 28, 2012

PEMBAHARUAN PERUNDANGAN PERLU DILAKSANAKAN

Ketika merasmikan Persidangan Undang-Undang Malaysia Antarabangsa 2012, PM Datuk Seri Najib Razak  memberi jaminan  pembaharuan  dalam sistem perundangan negara akan dilakukan secara berterusan. Sejak kebelakangan ini  pembaharuan perundangan  sudah dilakukan dan pindaan-pindaan terhadap akta-akta yang sedia ada merupakan langkah pertama ke arah pembaharuan perundangan negara ini. Sesetengah pembaharuan perundangan telah membawa manfaat kepada rakyat.  Akan tetapi untuk  membentuk satu alam perundangan yang lebih terbuka, demokrasi dan yang hormati hak asasi manusia, pembaharuan perundangan yang lebih besar dan luas  perlu diperkenalkan. Penubuhan Jawatankuasa Pembaharuan  Perundangan merupakan  salah satu cara ke arah matlamat itu.
Lidah Pengarang  Sin Chew Daily   28 September 2012
Komen : Pembaharuan perundangan  yang membawa manfaat kepada rakyat harus diteruskan .

Tuesday, September 25, 2012

TAMBAH BILANGAN RUMAH KOS SEDERHANA DAN RENDAH

TPM Muhyiddin Yassin  berkata, bagi merealisasikan matlamat penduduk mempunyai rumah sendiri kerajaan akan memberi tumpuan kepada pembinaan rumah kos sederhana dan rendah bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah sendiri. Pengarang berpendapat pembinaan rumah kos sederhana dan rendah  haruslah di kawasan yang sesuai kerana pembina rumah di kawasan desa akan menyebabkan rumah kurang laris dan hilang maknanya. Kerjasama bank dalam memberi pinjaman  kepada pembeli rumah akan membantu menjayakan matlamat kerajaan untuk meningkatkan pembinaan rumah kos sederhana dan rendah.
Sin Chew Daily  Lidah Pengarang 25 September 2012
Komen : Tindakan  meningkatkan pembinaan rumah kos sederhana dan rendah harus disokong

Monday, September 24, 2012

SEMANGAT DEMOKRASI PADA PILIHAN RAYA KAMPUS

Pilihan raya kampus telah bermula di 20 IPTA dalam negeri. Pilihan raya kampus biasanya diadakan pada bulan Mac atau April tetapi tahun ini diadakan pada bulan September. Ada yang meneka, pilihan raya kampus diadakan pada bulan September  ada kaitan dengan PRU akan datang.  Sama ada pilihan raya kampus tahun ini akan  hangat seperti tahun yang lalu belum diketahui tetapi pertengkaran tentang kelayakan calon telah berlaku pada hari penamaan calon untuk kampus Universiti Malaya. Pada tahun-tahun yang lalu, pilihan raya kampus diganggu oleh parti politik sering berlaku dan dipercayai tahun ini tidak ada kekecualian. Pengarang berpendapat parti politik tidak harus campur tangan dalam pilihan raya kampus. Pelajar IPTA harus diberi kebebasan dalam mengundi. Kerajaan harus memahami pemikiran pelajar IPTA melalui pilihan raya kampus dan tidak campur tangan dalam hal itu.
Sin Chew Daily   Lidah Pengarang 22 September
Komen : Parti politik tidak harus campur tangan dalam pilihan raya kampus.

Wednesday, September 19, 2012

DASAR ADIL TARIK BALIK BAKAT MALAYSIA

Perbadanan Bakat pada dua bulan yang lalu telah menghantar wakil ke Taiwan  bagi menarik pakar perubatan Malaysia balik berkhidmat untuk Malaysia. Didapati sebanyak 30% pakar perubatan berminat untuk kembali ke Malaysia dalam tempoh tiga tahun. Tindakan tersebut menunjukkan  kekurangan pakar perubatan di negara ini  telah sampai ke tahap kritikal dan kebolehan pelajar SMPC dan pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Taiwan telah diakui oleh Malaysia. Pengarang berpendapat selain menarik bakat Malaysia balik untuk berkhidmat di negara sendiri, adalah penting  sistem pendidikan diubah bagi melatih lebih ramai bakat yang berkualiti. Untuk masa jangka panjang, daripada menarik  balik bakat Malaysia yang berkhidmat di Taiwan, adalah lebih baik kerajaan mengiktiraf UEC serta mengizinkan pelajar SMPC untuk memasuki universiti awam tempatan kerana kebanyakan pelajar  Malaysia yang melanjutkan pelajaran ke universiti di Taiwan memiliki UEC.
Sin Chew Daily 19 September 2012
Komen : Sudah sampai masa kerajaan mengiktiraf  UEC kerana kebanyakan bakat Malaysia yang berkhidmat di Taiwan   memiliki UEC. Mereka melanjutkan pelajaran di Taiwan dan berkhidmat untuk Taiwan kerana Kerajaan tidak mengiktiraf UEC.

Wednesday, September 12, 2012

MASA TELAH SAMPAI UNTUK PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

Laporan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 yang dilancarkan  oleh PM telah dengan jelas dan ikhlas  menyenaraikan  kelemahan sistem pendidikan sekolah rendah dan  menengah  negara ini dari zaman dahulu hingga ke zaman sekarang. Diharapkan formula dicari bagi mengatasi sistem pendidikan negara sekarang yang telah ketinggalan zaman selama  20 tahun. Dalam Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025, Kementerian Pelajaran amat mengambil berat penguasaan  Bahasa Malaysia dan Inggeris dengan menetapkan satu pelan dasar bahasa untuk meningkatkan penguasaan bahasa dalam kalangan pelajar.  Kementerian Pelajaran juga merancang langkah-langkah untuk meningkatkan kualiti dan kemampuan para guru supaya  pendidikan yang berkualiti disalurkan kepada  pelajar demi meningkatkan taraf pendidikan negara ini.  Orang ramai digesa mengemukakan pandangan dan cadangan membina terhadap Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 agar generasi muda kita menerima pendidikan yang berkualiti serta mempunyai daya saing yang tinggi menghadapi dunia masa depan .
Sin Chew Daily 12 September 2012
Komen : Dasar Pendidikan Negera  yang telah ketinggalan zaman memang perlu dikaji semula demi kebaikan masa depan generasi muda sekarang dan yang akan datang.

Tuesday, September 4, 2012

KOH TSU KOON : TUKAR BENDERA DAN PIJAK GAMBAR PM BERTENTANG DENGAN RUKUN NEGARA

Gerakan mengkritik tindakan sesetengah  peserta perhimpunan Janji Bersih yang memaparkan bendera baru dan memijak gambar PM semasa sambutan ambang kemerdekaan di Dataran Merdeka. Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon  menyifatkan tindakan tersebut sebagai bertentangan dengan Rukun Negara.

Sin Chew Daily 3 September 2012

Komen : Perbuatan memijak gambar pemimpin negara tidak wajar dilakukan.