Thursday, March 28, 2013

ESSZONE PELIHARA KEPENTINGAN RAKYAT SABAH

PM pada hari Isnin lalu mengumumkan penubuhan Eastern Sabah Safety Zone (ESSZONE) bagi memberi perlindungan  kepada rakyat Sabah agar keselamatan mereka tidak terancam. Ekoran pencerobohan pengganas Sulu  di Sabah yang mencetuskan masalah keselamatan, pengumuman PM tersebut adalah tepat pada masanya. Diharapkan rakyat Sabah boleh menikmati kehidupan yang aman dengan adanya ESSZONE. 
Lidah Pengarang Sin Chew Daily 28 Mac 2013
Komen : Penubuhan Eastern Sabah Safety Zone (ESSZONE) bagi memberi perlindungan  kepada rakyat Sabah disokong. 

Tuesday, March 26, 2013

TINDAKAN TEGAS TERHADAP PENGGUNA INTERNET YANG SEBAR KHABAR ANGIN

Menyedari  bahawa teknologi maklumat membawa cabaran serius kepada pasukan polis,  pihak polis memutuskan untuk membelanjakan  RM500 ribu  untuk menaik taraf bahagian teknologi  maklumat bagi mengawal  media sosial serta mengecam pengguna internet   yang  tidak bertanggungjawab yang  menyebar  maklumat tidak benar   yang boleh mengancam  keselamatan negara serta menjejaskan imej pasukan polis.   Pengarang berpendapat bahawa  tindakan tegas juga harus diambil terhadap penyebar khabar angin yang memfitnahkan individu dan tidak hanya kepada  pengguna internet yang mengancam keselamatan negara dan imej pasukan polis. 
Lidah Pengarang Sin Chew Daily 26 Mac 2013
Komen : Tindakan tegas harus diambil terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan maklumat yang tidak benar melalui internet.

Wednesday, March 20, 2013

PERKHIDMATAN INTERNET PERCUMA UNTUK GOLONGAN MISKIN

Perkhidmatan internet percuma selama setengah jam pertama untuk warga miskin jika berjaya dilaksanakan  akan membawa  manfaat kepada lebih lima juta pengguna internet.  Perkhidmatan  internet kini hanya meliputi 50%  kawasan negara ini dan tertumpu pada kawasan bandar. Jika syarikat telekomunikasi tidak mengubah sikapnya sekarang  yang menumpu perhatian kepada kawasan yang membawa keuntungan tinggi, keluarga miskin di luar bandar dan pedalaman tidak akan berpeluang   menikmati perkhidmatan internet percuma. Kerajaan harus memastikan syarikat telekomunikasi  menyediakan kemudahan jalur lebar  asas supaya rakyat miskin benar-benar menikmati perkhidmatan internet percuma.
Rencana  Sin Chew Daily  20 Mac 2013
Komen :  Internet percuma untuk golongan miskin disokong.

Tuesday, March 12, 2013

HUA ZONG DERMA RM115 RIBU KEPADA KELUARGA POLIS YANG TERKORBAN

Hua Zong bersama Dewan Perniagaan dan Perindustrian  China Negeri dan beberapa  persatuan Cina menderma wang  sebanyak  RM115 ribu  bagi membantu keluarga anggota polis yang terkorban dalam pertempuran antara pasukan keselamatan negara dan pengganas Sulu  di Sabah  baru-baru ini. 
Berita Sin Chew Daily 12 Mac 2013
Komen : Tindakan memberi bantuan wang kepada keluarga anggota polis yang terkorban harus  disokong. 

Saturday, March 9, 2013

TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP PENGGANAS SULU


Kumpulan pengganas Sulu menduduki tanah Sabah tanpa izin  serta membunuh lapan anggota keselamatan kita bukan sahaja merosakkan keamanan masyarakat Sabah juga menyebabkan ekonomi negara mengalami kerugian.  Pihak Malaysia tidak memberi sambutan kepada seruan Sultan Sulu untuk berhenti perang adalah bijak. Semua pengganas Sulu  yang bersembunyi di Sabah  tetapi  enggan letak senjata dan  serah diri perlu dihapuskan demi keselamatan rakyat Sabah. Manakala pengganas Sulu yang ditangkap perlu didakwa di mahkamah.
Lidah Pengarang Sin Chew Daily 9 Mac 2013
Komen : Tindakan undang-undang perlu diambil terhadap pengganas Sulu.

Wednesday, March 6, 2013

ATASI KRISIS PENCEROBOHAN TENTERA SULU DENGAN SEGERA

Kes pencerobohan tentera Sulu di Sabah masih belum diatasi tetapi semakin menjadi-jadi. Seramai  lapan orang anggota polis telah terkorban  dalam pertempuran antara anggota polis dengan tentera Sulu. Kes tersebut  sekali lagi mencetuskan kebimbangan rakyat Malaysia tentang kemasukan tanpa izin rakyat Filipina ke Sabah. Jika kemasukan tentera Sulu disokong dan dibantu oleh keturunan Sulu tempatan, dikhuatiri kelengkapan tanah Sabah akan terancam. Krisis pencerobohan tentera di Sabah jika tidak  diatasi dengan segera mungkin membawa kesan negatif kepada parti-parti politik  serta menjejaskan keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia.  
Lidah Pengarang Sin Chew Daily 5 Mac 2013
Komen : Krisis pencerobohan tentera  Sulu di Sabah mesti diatasi dengan segera demi kebaikan rakyat dan negara.