Thursday, June 28, 2012

BAGAIMANA KAUM CINA BOLEH MENYERTAI PERKHIDMATAN AWAM ?

Penulis rencana tidak bersetuju dengan kenyataan Pengerusi CUEPACS bahawa jawatan dan gaji menjadi punca kuam Cina tidak minat menyertai perkhidmatan awam. Difahamkan iklan pengambilan penjawat awam biasanya dikeluarkan melalui   akhbar Bahasa Malaysia. Kaum Cina tidak membaca akhbar Bahasa Malaysia, mereka tidak tahu bilakah  JPA akan mengambil penjawat awam baru . Ramai pegawai kanan kerajaan  menegaskan gaji tinggi sektor swasta telah menarik kaum Cina. Sebenarnya bukan semua syarikat swasta  menawarkan gaji yang tinggi. Sesetengah pekerja swasta menerima gaji yang lebih rendah berbanading dengan gaji  penjawat awam sekarang.

China Press 28 Jun 2012

Komen : JPA diminta mengiklankan pengambilan penjawat awam di akhbar Cina dan Tamil  tempatan supaya lebih ramai kaun bukan Melayu berpeluang  memohon jawatan dalam  perkhidmatan awam.

Tuesday, June 26, 2012

GAJI MINIMUM YANG BERBEZA UNTUK SEKTOR BERLAINAN

Persekutuan  Persatuan Ekonomi dan Perdagangan Malaysia –China menyeru kerajaan untuk menangguhkan serta mengkaji semula sistem gaji minimum sektor swasta. Persatuan itu berpendapat gaji minimum yang berbeza harus ditetapkan bagi sektor yang berbeza. Ini supaya sistem gaji minimum tidak membawa  kesan negatif kepada ekonomi  negara.

China Press  25 Jun 2012

Komen : Cadangan gaji minimum yang berbeza untuk sektor yang berlainan disokong.

Thursday, June 21, 2012

SKIM PENCEN SEUMUR HIDUP

Cadangan  Skim Pencen Seumur Hidup bagi menangani   masalah pesara menghabiskan semua wang simpanan KWSP dalam tempoh 3 hingga 5 tahun selepas bersara memang baik. Penulis berpendapat pihak berkuasa harus berusaha meningkatkan wang simpanan pekerja supaya keluaran wang simpanan pesara setiap bulan mampu mengatasi keperluan harian.  Selain itu pesara harus diberi opsyen untuk mengeluarkan wang simpanan dengan sejumlah yang besar bagi menangani  hal  kecemasan yang berlaku.

Rencana Nanyang Siang Pau 21 Jun 2012

Komen : Pelaksanaan Skim Pencen Seumur haruslah fleksibel mengikut keperluan individu.

Tuesday, June 19, 2012

BEBAS DAN TERBUKA ADALAH TREND DUNIA

PM Datuk Seri Najib Razak memilih untuk menghapuskan beberapa amalan yang buruk menjelang PRU akan datang merupakan satu keputusan  politik yang berani dan bijak. Rakyat perlu memberi sokongan penuh kepada beliau. Sebagai negara yang mengamalkan sistem demokratik, bebas dan terbuka adalah haluan Malaysia.

Nanyang Siang Pau (Opinion) 19 Jun 2012

Komen : Keputusan kerajaan untuk menghapuskan amalan buruk seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri  ( ISA)  perlu disokong.

Thursday, June 14, 2012

DONG ZONG DAN MCA TIDAK BIJAK

Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak permohonan Sekolah Menengah Persendirian Cina di Kuantan dengan alasan beliau terikat oleh ‘Perjanjian sejarah’ iaitu parti komponen BN telah mencapai persetujuan dengan kerajaan untuk mengekalkan status quo sekolah menengah persendirian Cina pada tahun 1995 semasa pembentangan Rang Undang-undang Pendidikan  1995 . Kenyataan  Muhyiddin telah mencetuskan perselisihan antara Dong Zong dan MCA tentang perjanjian berkenaan.  Penulis rencana berpendapat Dong Zong dan MCA tidak harus membuang masa bertengkar tentang sama ada perjanjian itu wujud tetapi meminta Muhyiddin untuk mengemukakan perjanjian sejarah yang disebutnya. Jika perjanjian sejarah tidak wujud, Muhyiddin perlu membetulkan kenyataannya, tetapi jika perjanjian sejarah itu wujud, MCA perlu meminta supaya kerajaan membatalkannya.
Rencana China Press 14 Jun 2012
Komen : Cadangan penulis rencana ini  harus dipertimbangkan oleh Dong Zong dan MCA dalam usaha mendapatkan kelulusan bagi membina sebuah sekolah menengah persendirian Cina di Kuantan.

Saturday, June 9, 2012

KEPUTUSAN POLITIK YANG SALAH

Untuk mencabar kemampuan kerajaan PR dalam melaksanakan dasar pendidikan percuma di Selangor, Kementerian Pengajian Tinggi  dengan tiba-tiba membekukan pinjaman PTPTN kepada pelajar-pelajar baru yang belajar di universiti-universiti di bawah Kerajaan Selangor.Pada  hal itu Kementerian Pengajian Tinggi telah menerima kritikan dari pelbagai pihak termasuk  pihak penentang dan pihak penyokong kerajaan. Akhirnya Kementerian Pengajian Tinggi  terpaksa mengumumkan  pembekuan berkenaan ditarik balik.Daripada sudut politik, PR lebih mahir dalam menangani krisis. Langkah BN yang menggunakan pelajar sebagai buah catur  bukan sahaja tidak berjaya mengalahkan publisiti PR yang membangkitkan pendidikan percuma  tetapi mencetuskan bantahan banyak pihak.

Nanyang Siang Pau 9 Jun 2012.

Komen : Pengumuman Kementerian Pengajian Tinggi untuk menarik balik pembekuan pinjaman PTPTN kepada pelajar-pelajar baru universiti-universiti di bawah Kerajaan PR Selangor adalah tepat memandangkan  tindakan memberi pinjaman kepada pelajar yang memerlukan bantuan adalah  tanggungjawab kerajaan.


Friday, June 8, 2012

PM DAN TIMBALAN SETUJU SIASAT KONTRAK SOSIAL

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata,  berhubung kontrak sosial yang dibangkitkan oleh Dong Zong, empat menteri MCA telah menyatakan pendirian mereka tentang perkara kontrak sosial kepada Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin di mana PM dan TPM telah bersetuju MCA menjalankan siasatan terhadap  kontrak berkenaan.

Nanyang Siang  Pau 7 Jun 2012