Wednesday, October 31, 2012

LAKSANAKAN TEMPOH PERCUBAAN UNTUK AES

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu menggesa Kerajaan Pusat untuk memberitahu rakyat dengan jelas operasi AES bagi menghapuskan kekeliruan. Beliau mencadangkan tempoh percubaan untuk AES sebelum pelaksanaan sepenuhnya.

Berita Sin Chew Daily 31 Oktober 2012

Komen : Kerajaan harus mengkaji semula pelaksanaan AES bagi menghapuskan kekeliruan rakyat.

Friday, October 19, 2012

UBAH SISTEM, HAPUSKAN PENYALAHGUNAAN

Daripada pendedahan pelbagai penyalahgunaan dan pembaziran oleh jabatan dan agensi kerajaan yang dilaporkan oleh  Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun, boleh dikatakan terdapat kelemahan dalam sistem pentadbiran kerajaan. Sekiranya tiada penambahbaikan atau  perubahan dibuat pada sistem pentadbiran jabatan kerajaan sekarang, penyalahgunaan dan pembaziran akan diteruskan setiap tahun. Diharapkan  program transformasi kerajaan dapat menangani masalah penyalahgunaan yang wujud pada pentadbiran kerajaan.
Lidah Pengarang Nanyang Siang Pau  19/10/2012
Komen : Penyalahgunaan pada jabatan dan agensi kerajaan yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara perlu diperbetulkan  demi kebaikan kerajaan dan negara.

Tuesday, October 2, 2012

SEMANGAT DEMOKRASI PADA PILIHAN RAYA KAMPUS

Pilihan raya kampus telah bermula di 20 IPTA dalam negeri. Pilihan raya kampus biasanya diadakan pada bulan Mac atau April tetapi tahun ini diadakan pada bulan September. Ada yang meneka, pilihan raya kampus diadakan pada bulan September  ada kaitan dengan PRU akan datang.  Sama ada pilihan raya kampus tahun ini akan  hangat seperti tahun yang lalu belum diketahui tetapi pertengkaran tentang kelayakan calon telah berlaku pada hari penamaan calon untuk kampus Universiti Malaya. Pada tahun-tahun yang lalu, pilihan raya kampus diganggu oleh parti politik sering berlaku dan dipercayai tahun ini tidak ada kekecualian. Pengarang berpendapat parti politik tidak harus campur tangan dalam pilihan raya kampus. Pelajar IPTA harus diberi kebebasan dalam mengundi. Kerajaan harus memahami pemikiran pelajar IPTA melalui pilihan raya kampus dan tidak campur tangan dalam hal itu.

Monday, October 1, 2012

BAJET YANG AGAK LENGKAP

Bajet 2013 yang diumumkan  oleh PM Datuk Seri Najib Razak boleh dikatakan hampir menemui jangkaan semua pihak. Jumlah peruntukan tahun depan sebanyak RM251.6 bilion telah bertambah 8% berbanding dengan RM232.8 bilion tahun ini. Jumlah peruntukan tahun depan  bertambah adalah wajar kerana pelaksanaan program transformasi kerajaan dan ekonomi. PM jangka pendapatan negara  tahun depan akan mencapai RM208.6 bilion dan ini dapat mengurangkan defisit kepada 4%  daripada 4.5%  pada tahun 2012. Kerajaan yakin defisit akan terus dikurangkan kepada 3% pada tahun 2015.
Pada keseluruhannya Bajet 2013 agak lengkap dan membawa manfaat kepada rakyat walaupun terdapat sesetengah sektor yang masih diabaikan oleh kerajaan selama ini. Diharapkan pada bajet-bajet akan datang, golongan yang diabaikan oleh kerajaan juga diambil berat supaya bajet benar-benar memanfaatkan semua rakyat. 
Lidah Pengarang Nanyang Siang Pau  1 Oktober 2012

Komen : Boleh dikatakan rakyat segenap lapisan mendapat manfaat daripada Bajet 2013.