Pada hari Ahad lalu, Ketua Menteri Melaka berkata, MCA tidak akan tinggalkan Melaka dan pada hari Isnin, ahli Exco Melaka, Gan Tian Loo membangkitkan skandal Lim Guan Eng pada sidang DUN Melaka. MCA memang berhak melakukan tindak balas terhadap serangan hebat DAP selama ini. Tetapi mempergunakan hal peribadi khasnya membawa masuk skandal yang belum disahkan ke dewan undangan negeri (tempat suci) dianggap mempergunakan sumber awam untuk kepentingan parti politik. Seluruh peristiwa nampaknya telah diatur dengan lebih awal. Contohnya Speaker DUN Melaka membenarkan media utama untuk memasuki DUN untuk mengambil gambar. TV3 pada malam hari Isnin telah memaparkan gambar Betty Chew Gek Cheng dan Utusan Malaysia melaporkan berita Betty Chew di muka depan akhbarnya. Pengarang berpendapat bahawa di Malaysia tidak ada orang suci pada arena politik. Para ahli politik mempunyai kelemahan sama ada kecil atau besar. Jika masalah peribadi tidak menjejaskan kepentingan awam atau menyalahgunakan sumber kerajaan, adalah tidak baik agensi awam dipergunakan untuk bertindak terhadap pihak berkenaan.
Rencana Sin Chew Daily 5 Julai 2012
Komen : Hal atau skandal peribadi yang belum disahkan harus tidak dibawa masuk ke Dewan Undangan Negeri untuk perbincangan.
No comments:
Post a Comment