Monday, December 10, 2012

KEPENTINGAN UMAT BUKAN ISLAM PERLU DIJAMIN


 
Baru-baru ini pegawai  Majlis Perbandaran Kota Bahru mengeluarkan saman kepada empat orang lelaki dan wanita menuduh  mereka berkelakuan tidak sopan. Berkelakuan tidak sopan mempunyai taksiran yang berbeza bagi kaum beragama Islam dan bukan beragama Islam. Disebabkan kes itu berlaku di Kelantan, ia amat menarik perhatian orang ramai . Tindakan pegawai MPKB itu telah bercanggah dengan jaminan pemimpin DAP dan PAS bahawa  dasar Islam tidak akan dilaksanakan ke atas kaum bukan beragama Islam. Pengarang berpendapat  bahawa agama, budaya dan adat resam kaum bukan beragama Islam perlu dihormati,  tidak kira parti mana yang memerintahi negara ini.  


Lidah Pengarang Nanyang Siang Pau 10 Disember

Komen : PAS perlu menghormati kebebasan beragama dan amalan budaya dan adat resam dalam kalangan  kaum bukan beragama Islam  supaya selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

 

Tuesday, December 4, 2012

PENCEGAHAN LEBIH BERKESAN DALAM MEMERANGI PENYAKIT AIDS


Usaha memerangi penyebaran penyakit Aids di Malaysia oleh Kementerian Kesihatan telah mencapai hasil yang menggalakkan. Unsur utama penambahan kes penyakit Aids  adalah melalui penyalahgunaan seks dan lain. Dalam usaha mengurangkan kadar penyebaran penyakit Aids,  pencegahan lebih baik daripada rawatan. Kementerian Kesihatan digesa meningkatkan publisiti  tentang pencegahan Aids, khasnya dalam kalangan remaja dan pemuda. Kementerian Pelajaran boleh meningkatkan kesedaran pelajar tentang penyakit Aids melalui pendidikan tentang gaya hidup yang sihat dan kelakuan seks yang selamat. Kementerian Kesihatan juga perlu mengingatkan  rakyat bahawa penyakit Aids boleh disebar melalui infusi darah. Dipercayai melalui usaha pelbagai pihak dan publisiti  serta kesedaran rakyat,  pencegahan Aids akan lebih berkesan.

Lidah Pengarang Nanyang Siang Pau 4 Disember

Komen : Pencegahan Aids perlu diberi keutamaan.

Tuesday, November 27, 2012

ATASI MASALAH PENDIDIKAN CINA SELAMA-LAMANYA

Perjumpaan antara Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan tiga perwakilan persatuan Cina tentang Laporan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 telah membawa hasil. Menteri Pelajar bersetuju untuk mengekalkan  kelas peralihan, mengkaji kurikulum Bahasa Malaysia untuk SJKC dan masa untuk pembelajaran bahasa Mandarin dikekalkan  pada 300 minit seminggu. Pelaksanaan persetujuan  tersebut memang boleh menghapuskan kebimbangan masyarakat Cina bahawa SJKC  akan dijadikan sekolah kebangsaan. Tetapi Laporan Pelan Pembangunan Pendidikan  perlu dengan jelas mengiktiraf sumbangan sekolah pelbagai aliran dan memberi bantuan kepada perkembangan bahasa ibunda. Masalah yang dihadapi oleh SJKC memang banyak. Diharapkan Menteri Pelajaran dapat berjumpa dengan wakil persatuan pendidikan Cina dengan lebih kerap bagi mengatasi masalah-masalah untuk selama-lamanya. 
Rencana Sin Chew Daily 27 November
Komen : Pandangan dan cadangan masyarakat Cina terhadap masalah-masalah pendidikan Cina harus diterima oleh kerajaan agar masalah itu  diatas selama-lamanya.

Wednesday, November 14, 2012

TINDAKAN KESATUAN GURU BESAR DIPUJI

Laporan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 telah menarik perhatian golongan pendidik Cina sejak pengumumannya, khasnya tentang cadangan murid darjah empat  SJKC menggunakan buku teks bahasa Malaysia   sekolah kebangsaan. Pada seminar kajian pelan pembangunan Pendidikan anjuran MCA, para hadirin sebulat suara membantah cadangan itu dan mengemukakan cadangan-cadangan yang membina. Antara mereka yang hadiri seminar itu, Kesatuan Guru Besar Kebangsaan telah mengemukakan laporan yang amat lengkap tentang bantahan penggunaan buku teks bahasa Malaysia sekolah kebangsaan di SJKC dengan menyertakan data dan teori untuk menyokong kenyataannya.
Tidak boleh dinafikan dasar pendidikan negara ini mempunyai banyak kelemahan dan ketidakadilan yang perlu diperbaiki. Dipercayai  melalui cadangan-cadangan yang rasional terhadap dasar pendidikan negara, banyak masalah-masalah boleh diatasi. Cadangan-cadangan yang membina dan profesional serta  tidak berat sebelah  harus dipuji.
Sin Chew Daily 14 November
Komen :  Laporan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 harus dikaji bagi mengatasi perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat.

Tuesday, November 6, 2012

KAJI KELEMAHAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

Tahun lepas kerajaan memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan  Sekolah di sekolah rendah  dan sistem itu dimulakan untuk  pelajar tingkatan satu sekolah menengah tahun ini. Malangnya pelbagai masalah yang timbul  ekoran pelaksanaan PBS telah mencetuskan kritikan semua pihak. Ibu bapa merasa ragu terhadap sistem baru itu  kerana mereka tidak dapat menyelia perkembangan anak mereka, manakala guru sekolah juga kurang faham tentang PBS. Pelbagai masalah yang timbul  terbukti PBS wujud kelemahan dan perlu dikaji dan diperbaiki.

Lidah Pengarang Sin Chew Daily  6 November 2012

Komen : Kerajaan harus mengkaji masalah yang timbul ekoran pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah agar sistem  itu tidak membebankan  guru dan murid sekolah.

Wednesday, October 31, 2012

LAKSANAKAN TEMPOH PERCUBAAN UNTUK AES

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu menggesa Kerajaan Pusat untuk memberitahu rakyat dengan jelas operasi AES bagi menghapuskan kekeliruan. Beliau mencadangkan tempoh percubaan untuk AES sebelum pelaksanaan sepenuhnya.

Berita Sin Chew Daily 31 Oktober 2012

Komen : Kerajaan harus mengkaji semula pelaksanaan AES bagi menghapuskan kekeliruan rakyat.

Friday, October 19, 2012

UBAH SISTEM, HAPUSKAN PENYALAHGUNAAN

Daripada pendedahan pelbagai penyalahgunaan dan pembaziran oleh jabatan dan agensi kerajaan yang dilaporkan oleh  Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun, boleh dikatakan terdapat kelemahan dalam sistem pentadbiran kerajaan. Sekiranya tiada penambahbaikan atau  perubahan dibuat pada sistem pentadbiran jabatan kerajaan sekarang, penyalahgunaan dan pembaziran akan diteruskan setiap tahun. Diharapkan  program transformasi kerajaan dapat menangani masalah penyalahgunaan yang wujud pada pentadbiran kerajaan.
Lidah Pengarang Nanyang Siang Pau  19/10/2012
Komen : Penyalahgunaan pada jabatan dan agensi kerajaan yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara perlu diperbetulkan  demi kebaikan kerajaan dan negara.