Wednesday, March 20, 2013

PERKHIDMATAN INTERNET PERCUMA UNTUK GOLONGAN MISKIN

Perkhidmatan internet percuma selama setengah jam pertama untuk warga miskin jika berjaya dilaksanakan  akan membawa  manfaat kepada lebih lima juta pengguna internet.  Perkhidmatan  internet kini hanya meliputi 50%  kawasan negara ini dan tertumpu pada kawasan bandar. Jika syarikat telekomunikasi tidak mengubah sikapnya sekarang  yang menumpu perhatian kepada kawasan yang membawa keuntungan tinggi, keluarga miskin di luar bandar dan pedalaman tidak akan berpeluang   menikmati perkhidmatan internet percuma. Kerajaan harus memastikan syarikat telekomunikasi  menyediakan kemudahan jalur lebar  asas supaya rakyat miskin benar-benar menikmati perkhidmatan internet percuma.
Rencana  Sin Chew Daily  20 Mac 2013
Komen :  Internet percuma untuk golongan miskin disokong.

Tuesday, March 12, 2013

HUA ZONG DERMA RM115 RIBU KEPADA KELUARGA POLIS YANG TERKORBAN

Hua Zong bersama Dewan Perniagaan dan Perindustrian  China Negeri dan beberapa  persatuan Cina menderma wang  sebanyak  RM115 ribu  bagi membantu keluarga anggota polis yang terkorban dalam pertempuran antara pasukan keselamatan negara dan pengganas Sulu  di Sabah  baru-baru ini. 
Berita Sin Chew Daily 12 Mac 2013
Komen : Tindakan memberi bantuan wang kepada keluarga anggota polis yang terkorban harus  disokong. 

Saturday, March 9, 2013

TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP PENGGANAS SULU


Kumpulan pengganas Sulu menduduki tanah Sabah tanpa izin  serta membunuh lapan anggota keselamatan kita bukan sahaja merosakkan keamanan masyarakat Sabah juga menyebabkan ekonomi negara mengalami kerugian.  Pihak Malaysia tidak memberi sambutan kepada seruan Sultan Sulu untuk berhenti perang adalah bijak. Semua pengganas Sulu  yang bersembunyi di Sabah  tetapi  enggan letak senjata dan  serah diri perlu dihapuskan demi keselamatan rakyat Sabah. Manakala pengganas Sulu yang ditangkap perlu didakwa di mahkamah.
Lidah Pengarang Sin Chew Daily 9 Mac 2013
Komen : Tindakan undang-undang perlu diambil terhadap pengganas Sulu.

Wednesday, March 6, 2013

ATASI KRISIS PENCEROBOHAN TENTERA SULU DENGAN SEGERA

Kes pencerobohan tentera Sulu di Sabah masih belum diatasi tetapi semakin menjadi-jadi. Seramai  lapan orang anggota polis telah terkorban  dalam pertempuran antara anggota polis dengan tentera Sulu. Kes tersebut  sekali lagi mencetuskan kebimbangan rakyat Malaysia tentang kemasukan tanpa izin rakyat Filipina ke Sabah. Jika kemasukan tentera Sulu disokong dan dibantu oleh keturunan Sulu tempatan, dikhuatiri kelengkapan tanah Sabah akan terancam. Krisis pencerobohan tentera di Sabah jika tidak  diatasi dengan segera mungkin membawa kesan negatif kepada parti-parti politik  serta menjejaskan keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia.  
Lidah Pengarang Sin Chew Daily 5 Mac 2013
Komen : Krisis pencerobohan tentera  Sulu di Sabah mesti diatasi dengan segera demi kebaikan rakyat dan negara.

Wednesday, February 27, 2013

MANIFESTO PILIHAN RAYA PR

PR telah melancarkan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan menawarkan pelbagai janji untuk rakyat. Tetapi manifesto itu tidak menyentuh tentang sumber kewangan  untuk melaksanakan janji-janji berkenaan. Penulis meramalkan manifesto PR itu pasti dikutuk oleh BN sebagai manifesto yang akan menyebabkan negara menjadi  muflis. Manifesto  PR juga tidak memberitahu cara PR mentadbir negara ini serta siapa akan menjadi PM setelah berkuasa.  Walau bagaimanapun PR mendahului BN untuk melancarkan manifesto pilihan raya  akan memberi tekanan kepada BN dan PM Datuk Seri Najib Razak.
Rencana Nanyang Siang Pau 26 Februari 2013
Komen : PR perlu beritahu sumber kewangan untuk menunaikan janji-janjinya bagi menyakinkan  pengundi. 

Saturday, February 23, 2013

GAJI MINIMUM PEKERJA ASING HARUS DITANGGUHKAN

Sejak pengumuman  pelaksanaan sistem gaji minimum di negara ini awal tahun ini , perselisihan tentang pelaksanaan gaji minimum untuk pekerja asing   tidak berhenti. Cara pelaksanaan gaji minimum yang berubah-ubah  amat merunsingkan majikan.    Sehingga kini satu formula yang membawa manfaat kepada majikan dan pekerja asing belum dicari. Perubahan dalam pelaksanaan  gaji minimum telah mencetuskan tindakan mogok daripada pekerja asing  serta hubungan yang tegang antara majikan dengan pekerja asing. Kementerian sumber Manusia digesa segera menangguhkan pelaksanaan sistem gaji minimum sehingga satu formula yang membawa manfaat kepada majikan dan pekerja asing dicari.
Lidah Pengarang Nanyang Siang Pau 23 Februari 2013
Komen :  Pelaksanaan gaji minimum untuk pekerja asing harus ditangguhkan demi kebaikan majikan dan Kerajaan.

Friday, February 22, 2013

TREN LAJU KL-SINGAPURA RANGSANG EKONOMI KEDUA-DUA NEGARA

Kerajaan Malaysia dan Singapura telah bersetuju  membangunkan projek rel kereta api laju sepanjang 354 kilometer antara Kuala Lumpur dan Singapura yang akan memendekkan waktu perjalanan Kuala Lumpur- Singapura kepada 90 minit sahaja. Pembina projek kereta api laju itu memberi simbolik  hubungan Malaysia dengan Singapura  bertambah rapat.  Kerjasama pada projek strategik itu dapat meningkatkan hubungan komersial dan lawatan rakyat kedua-dua negara.  Dipercayai  projek tersebut akan membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.  
Lidah Pengarang Nanyang Siang Pau  22 Feb 2013
Komen : Projek Tren Laju KL-Singapura harus disokong oleh rakyat kedua-dua negara.