Bajet 2013 yang diumumkan oleh PM Datuk Seri Najib Razak boleh dikatakan hampir menemui jangkaan semua pihak. Jumlah peruntukan tahun depan sebanyak RM251.6 bilion telah bertambah 8% berbanding dengan RM232.8 bilion tahun ini. Jumlah peruntukan tahun depan bertambah adalah wajar kerana pelaksanaan program transformasi kerajaan dan ekonomi. PM jangka pendapatan negara tahun depan akan mencapai RM208.6 bilion dan ini dapat mengurangkan defisit kepada 4% daripada 4.5% pada tahun 2012. Kerajaan yakin defisit akan terus dikurangkan kepada 3% pada tahun 2015.
Pada keseluruhannya Bajet 2013 agak lengkap dan membawa manfaat kepada rakyat walaupun terdapat sesetengah sektor yang masih diabaikan oleh kerajaan selama ini. Diharapkan pada bajet-bajet akan datang, golongan yang diabaikan oleh kerajaan juga diambil berat supaya bajet benar-benar memanfaatkan semua rakyat.
Lidah Pengarang Nanyang Siang Pau 1 Oktober 2012
Komen : Boleh dikatakan rakyat segenap lapisan mendapat manfaat daripada Bajet 2013.
Monday, October 1, 2012
Friday, September 28, 2012
PEMBAHARUAN PERUNDANGAN PERLU DILAKSANAKAN
Ketika merasmikan Persidangan Undang-Undang Malaysia Antarabangsa 2012, PM Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan pembaharuan dalam sistem perundangan negara akan dilakukan secara berterusan. Sejak kebelakangan ini pembaharuan perundangan sudah dilakukan dan pindaan-pindaan terhadap akta-akta yang sedia ada merupakan langkah pertama ke arah pembaharuan perundangan negara ini. Sesetengah pembaharuan perundangan telah membawa manfaat kepada rakyat. Akan tetapi untuk membentuk satu alam perundangan yang lebih terbuka, demokrasi dan yang hormati hak asasi manusia, pembaharuan perundangan yang lebih besar dan luas perlu diperkenalkan. Penubuhan Jawatankuasa Pembaharuan Perundangan merupakan salah satu cara ke arah matlamat itu.
Lidah Pengarang Sin Chew Daily 28 September 2012
Komen : Pembaharuan perundangan yang membawa manfaat kepada rakyat harus diteruskan .
Tuesday, September 25, 2012
TAMBAH BILANGAN RUMAH KOS SEDERHANA DAN RENDAH
TPM Muhyiddin Yassin berkata, bagi merealisasikan matlamat penduduk mempunyai rumah sendiri kerajaan akan memberi tumpuan kepada pembinaan rumah kos sederhana dan rendah bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah sendiri. Pengarang berpendapat pembinaan rumah kos sederhana dan rendah haruslah di kawasan yang sesuai kerana pembina rumah di kawasan desa akan menyebabkan rumah kurang laris dan hilang maknanya. Kerjasama bank dalam memberi pinjaman kepada pembeli rumah akan membantu menjayakan matlamat kerajaan untuk meningkatkan pembinaan rumah kos sederhana dan rendah.
Sin Chew Daily Lidah Pengarang 25 September 2012
Komen : Tindakan meningkatkan pembinaan rumah kos sederhana dan rendah harus disokong
Monday, September 24, 2012
SEMANGAT DEMOKRASI PADA PILIHAN RAYA KAMPUS
Pilihan raya kampus telah bermula di 20 IPTA dalam negeri. Pilihan raya kampus biasanya diadakan pada bulan Mac atau April tetapi tahun ini diadakan pada bulan September. Ada yang meneka, pilihan raya kampus diadakan pada bulan September ada kaitan dengan PRU akan datang. Sama ada pilihan raya kampus tahun ini akan hangat seperti tahun yang lalu belum diketahui tetapi pertengkaran tentang kelayakan calon telah berlaku pada hari penamaan calon untuk kampus Universiti Malaya. Pada tahun-tahun yang lalu, pilihan raya kampus diganggu oleh parti politik sering berlaku dan dipercayai tahun ini tidak ada kekecualian. Pengarang berpendapat parti politik tidak harus campur tangan dalam pilihan raya kampus. Pelajar IPTA harus diberi kebebasan dalam mengundi. Kerajaan harus memahami pemikiran pelajar IPTA melalui pilihan raya kampus dan tidak campur tangan dalam hal itu.
Sin Chew Daily Lidah Pengarang 22 September
Komen : Parti politik tidak harus campur tangan dalam pilihan raya kampus.
Wednesday, September 19, 2012
DASAR ADIL TARIK BALIK BAKAT MALAYSIA
Perbadanan Bakat pada dua bulan yang lalu telah menghantar wakil ke Taiwan bagi menarik pakar perubatan Malaysia balik berkhidmat untuk Malaysia. Didapati sebanyak 30% pakar perubatan berminat untuk kembali ke Malaysia dalam tempoh tiga tahun. Tindakan tersebut menunjukkan kekurangan pakar perubatan di negara ini telah sampai ke tahap kritikal dan kebolehan pelajar SMPC dan pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Taiwan telah diakui oleh Malaysia. Pengarang berpendapat selain menarik bakat Malaysia balik untuk berkhidmat di negara sendiri, adalah penting sistem pendidikan diubah bagi melatih lebih ramai bakat yang berkualiti. Untuk masa jangka panjang, daripada menarik balik bakat Malaysia yang berkhidmat di Taiwan, adalah lebih baik kerajaan mengiktiraf UEC serta mengizinkan pelajar SMPC untuk memasuki universiti awam tempatan kerana kebanyakan pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran ke universiti di Taiwan memiliki UEC.
Sin Chew Daily 19 September 2012
Komen : Sudah sampai masa kerajaan mengiktiraf UEC kerana kebanyakan bakat Malaysia yang berkhidmat di Taiwan memiliki UEC. Mereka melanjutkan pelajaran di Taiwan dan berkhidmat untuk Taiwan kerana Kerajaan tidak mengiktiraf UEC.
Wednesday, September 12, 2012
MASA TELAH SAMPAI UNTUK PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN
Laporan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 yang dilancarkan oleh PM telah dengan jelas dan ikhlas menyenaraikan kelemahan sistem pendidikan sekolah rendah dan menengah negara ini dari zaman dahulu hingga ke zaman sekarang. Diharapkan formula dicari bagi mengatasi sistem pendidikan negara sekarang yang telah ketinggalan zaman selama 20 tahun. Dalam Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025, Kementerian Pelajaran amat mengambil berat penguasaan Bahasa Malaysia dan Inggeris dengan menetapkan satu pelan dasar bahasa untuk meningkatkan penguasaan bahasa dalam kalangan pelajar. Kementerian Pelajaran juga merancang langkah-langkah untuk meningkatkan kualiti dan kemampuan para guru supaya pendidikan yang berkualiti disalurkan kepada pelajar demi meningkatkan taraf pendidikan negara ini. Orang ramai digesa mengemukakan pandangan dan cadangan membina terhadap Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 agar generasi muda kita menerima pendidikan yang berkualiti serta mempunyai daya saing yang tinggi menghadapi dunia masa depan .
Sin Chew Daily 12 September 2012
Komen : Dasar Pendidikan Negera yang telah ketinggalan zaman memang perlu dikaji semula demi kebaikan masa depan generasi muda sekarang dan yang akan datang.
Tuesday, September 4, 2012
KOH TSU KOON : TUKAR BENDERA DAN PIJAK GAMBAR PM BERTENTANG DENGAN RUKUN NEGARA
Gerakan mengkritik tindakan sesetengah peserta perhimpunan Janji Bersih yang memaparkan bendera baru dan memijak gambar PM semasa sambutan ambang kemerdekaan di Dataran Merdeka. Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon menyifatkan tindakan tersebut sebagai bertentangan dengan Rukun Negara.
Sin Chew Daily 3 September 2012
Komen : Perbuatan memijak gambar pemimpin negara tidak wajar dilakukan.
Sin Chew Daily 3 September 2012
Komen : Perbuatan memijak gambar pemimpin negara tidak wajar dilakukan.
Subscribe to:
Posts (Atom)