Ahli parlimen kawasan Miri, Datuk Seri Chin Fah Kui menegaskan setelah menjadi ahli parlimen untuk enam penggal, beliau ingin undur diri dan memberi peluang kepada calon lebih muda. Beliau berharap PM Datuk Seri Najib Razak akan memenuhi hasratnya.
Berita Nanyang Siang Pau 9 April 2013
Komen : Datuk Seri Chin Fah Kui telah memberi contoh yang baik dengan memberi peluang kepada calon muda untuk bertanding.
Tuesday, April 9, 2013
Thursday, March 28, 2013
ESSZONE PELIHARA KEPENTINGAN RAKYAT SABAH
PM pada hari Isnin lalu mengumumkan penubuhan Eastern Sabah Safety Zone (ESSZONE) bagi memberi perlindungan kepada rakyat Sabah agar keselamatan mereka tidak terancam. Ekoran pencerobohan pengganas Sulu di Sabah yang mencetuskan masalah keselamatan, pengumuman PM tersebut adalah tepat pada masanya. Diharapkan rakyat Sabah boleh menikmati kehidupan yang aman dengan adanya ESSZONE.
Lidah Pengarang Sin Chew Daily 28 Mac 2013
Komen : Penubuhan Eastern Sabah Safety Zone (ESSZONE) bagi memberi perlindungan kepada rakyat Sabah disokong.
Tuesday, March 26, 2013
TINDAKAN TEGAS TERHADAP PENGGUNA INTERNET YANG SEBAR KHABAR ANGIN
Menyedari bahawa teknologi maklumat membawa cabaran serius kepada pasukan polis, pihak polis memutuskan untuk membelanjakan RM500 ribu untuk menaik taraf bahagian teknologi maklumat bagi mengawal media sosial serta mengecam pengguna internet yang tidak bertanggungjawab yang menyebar maklumat tidak benar yang boleh mengancam keselamatan negara serta menjejaskan imej pasukan polis. Pengarang berpendapat bahawa tindakan tegas juga harus diambil terhadap penyebar khabar angin yang memfitnahkan individu dan tidak hanya kepada pengguna internet yang mengancam keselamatan negara dan imej pasukan polis.
Lidah Pengarang Sin Chew Daily 26 Mac 2013
Komen : Tindakan tegas harus diambil terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan maklumat yang tidak benar melalui internet.
Wednesday, March 20, 2013
PERKHIDMATAN INTERNET PERCUMA UNTUK GOLONGAN MISKIN
Perkhidmatan internet percuma selama setengah jam pertama untuk warga miskin jika berjaya dilaksanakan akan membawa manfaat kepada lebih lima juta pengguna internet. Perkhidmatan internet kini hanya meliputi 50% kawasan negara ini dan tertumpu pada kawasan bandar. Jika syarikat telekomunikasi tidak mengubah sikapnya sekarang yang menumpu perhatian kepada kawasan yang membawa keuntungan tinggi, keluarga miskin di luar bandar dan pedalaman tidak akan berpeluang menikmati perkhidmatan internet percuma. Kerajaan harus memastikan syarikat telekomunikasi menyediakan kemudahan jalur lebar asas supaya rakyat miskin benar-benar menikmati perkhidmatan internet percuma.
Rencana Sin Chew Daily 20 Mac 2013Komen : Internet percuma untuk golongan miskin disokong.
Tuesday, March 12, 2013
HUA ZONG DERMA RM115 RIBU KEPADA KELUARGA POLIS YANG TERKORBAN
Hua Zong bersama Dewan Perniagaan dan Perindustrian China Negeri dan beberapa persatuan Cina menderma wang sebanyak RM115 ribu bagi membantu keluarga anggota polis yang terkorban dalam pertempuran antara pasukan keselamatan negara dan pengganas Sulu di Sabah baru-baru ini.
Berita Sin Chew Daily 12 Mac 2013
Komen : Tindakan memberi bantuan wang kepada keluarga anggota polis yang terkorban harus disokong.
Saturday, March 9, 2013
TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP PENGGANAS SULU
Kumpulan pengganas Sulu menduduki tanah Sabah tanpa izin serta membunuh lapan anggota keselamatan kita bukan sahaja merosakkan keamanan masyarakat Sabah juga menyebabkan ekonomi negara mengalami kerugian. Pihak Malaysia tidak memberi sambutan kepada seruan Sultan Sulu untuk berhenti perang adalah bijak. Semua pengganas Sulu yang bersembunyi di Sabah tetapi enggan letak senjata dan serah diri perlu dihapuskan demi keselamatan rakyat Sabah. Manakala pengganas Sulu yang ditangkap perlu didakwa di mahkamah.
Lidah Pengarang Sin Chew Daily 9 Mac 2013
Komen : Tindakan undang-undang perlu diambil terhadap pengganas Sulu.
Wednesday, March 6, 2013
ATASI KRISIS PENCEROBOHAN TENTERA SULU DENGAN SEGERA
Kes pencerobohan tentera Sulu di Sabah masih belum diatasi tetapi semakin menjadi-jadi. Seramai lapan orang anggota polis telah terkorban dalam pertempuran antara anggota polis dengan tentera Sulu. Kes tersebut sekali lagi mencetuskan kebimbangan rakyat Malaysia tentang kemasukan tanpa izin rakyat Filipina ke Sabah. Jika kemasukan tentera Sulu disokong dan dibantu oleh keturunan Sulu tempatan, dikhuatiri kelengkapan tanah Sabah akan terancam. Krisis pencerobohan tentera di Sabah jika tidak diatasi dengan segera mungkin membawa kesan negatif kepada parti-parti politik serta menjejaskan keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia.
Wednesday, February 27, 2013
MANIFESTO PILIHAN RAYA PR
PR telah melancarkan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan menawarkan pelbagai janji untuk rakyat. Tetapi manifesto itu tidak menyentuh tentang sumber kewangan untuk melaksanakan janji-janji berkenaan. Penulis meramalkan manifesto PR itu pasti dikutuk oleh BN sebagai manifesto yang akan menyebabkan negara menjadi muflis. Manifesto PR juga tidak memberitahu cara PR mentadbir negara ini serta siapa akan menjadi PM setelah berkuasa. Walau bagaimanapun PR mendahului BN untuk melancarkan manifesto pilihan raya akan memberi tekanan kepada BN dan PM Datuk Seri Najib Razak.
Rencana Nanyang Siang Pau 26 Februari 2013
Komen : PR perlu beritahu sumber kewangan untuk menunaikan janji-janjinya bagi menyakinkan pengundi.
Saturday, February 23, 2013
GAJI MINIMUM PEKERJA ASING HARUS DITANGGUHKAN
Sejak pengumuman pelaksanaan sistem gaji minimum di negara ini awal tahun ini , perselisihan tentang pelaksanaan gaji minimum untuk pekerja asing tidak berhenti. Cara pelaksanaan gaji minimum yang berubah-ubah amat merunsingkan majikan. Sehingga kini satu formula yang membawa manfaat kepada majikan dan pekerja asing belum dicari. Perubahan dalam pelaksanaan gaji minimum telah mencetuskan tindakan mogok daripada pekerja asing serta hubungan yang tegang antara majikan dengan pekerja asing. Kementerian sumber Manusia digesa segera menangguhkan pelaksanaan sistem gaji minimum sehingga satu formula yang membawa manfaat kepada majikan dan pekerja asing dicari.
Lidah Pengarang Nanyang Siang Pau 23 Februari 2013
Komen : Pelaksanaan gaji minimum untuk pekerja asing harus ditangguhkan demi kebaikan majikan dan Kerajaan.
Friday, February 22, 2013
TREN LAJU KL-SINGAPURA RANGSANG EKONOMI KEDUA-DUA NEGARA
Kerajaan Malaysia dan Singapura telah bersetuju membangunkan projek rel kereta api laju sepanjang 354 kilometer antara Kuala Lumpur dan Singapura yang akan memendekkan waktu perjalanan Kuala Lumpur- Singapura kepada 90 minit sahaja. Pembina projek kereta api laju itu memberi simbolik hubungan Malaysia dengan Singapura bertambah rapat. Kerjasama pada projek strategik itu dapat meningkatkan hubungan komersial dan lawatan rakyat kedua-dua negara. Dipercayai projek tersebut akan membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.
Thursday, February 21, 2013
BN PERLU SOKONG ORANG CINA
PM Datuk Seri Najib Razak dan bekas PM Tun Mahathir telah banyak kali mengingatkan orang Cina supaya sokong BN dan tidak tukar kerajaan. Sebenarnya pada 12 kali PRU yang lalu kebanyakan pengundi Cina memberi sokongan kepada BN terutamanya calon UMNO yang menyebabkan kemenangan BN. Selain PM Najib Razak dan bekas PM Tun Abdullah Ahmad Badawi, Menteri Pertanian dan Industri asas Tani, Datuk Noh Omar juga mengakui bahawa undi Cina bantu BN mendapat kemenangan pada PRU tahun 1999 dan 2004. Apa yang mengecewakan kaum Cina ialah BN tidak sokong orang Cina. Hak kepentingan kaum Cina diabaikan oleh Kerajaan BN. Orang Cina menganggap diri sebagai rakyat kelas dua di Malaysia. Pada PRU ke-13, orang Cina beri sokongan kepada PR, PAS juga mendapat undi sokongan dari orang Cina. Perubahan yang diharap-harapkan orang Cina daripada Kerajaan BN tidak berubah. Contohnya, perbezaan antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera, kebanyakan projek kerajaan diberi kepada syarikat Bumiputera, Bumiputera dapat diskaun 7% pada harga jualan rumah, sukar untuk menambah SJKC, peruntukan yang kurang untuk SJKC, kekurangan guru di SJKC , dasar tidak menambah bilangan SMPC dan lain-lain. Orang Cina pada keseluruhannya merasa keliru. Bolehkah keadaan tersebut berubah tanpa pertukaran kerajaan ?
Rencana Nanyang Siang Pau 21 Februari 2013
Komen : Jika Kerajaan BN dapat memenuhi permintaan pengundi Cina, nescaya pengundi Cina akan sokong BN.
Rencana Nanyang Siang Pau 21 Februari 2013
Komen : Jika Kerajaan BN dapat memenuhi permintaan pengundi Cina, nescaya pengundi Cina akan sokong BN.
Wednesday, February 6, 2013
BENTUK MASYARAKAT YANG LEBIH SIHAT
Makan dan minum berlebihan pada musim perayaan Tahun Baru Cina telah menjadi satu amalan yang tidak sihat. Menurut satu kajian, daripada 181 orang dewasa yang ditemu duga, didapati berat badan 51% daripada mereka telah meningkat 0.7 Kg dalam tempoh 14 hari perayaan Tahun Baru Cina. Ini amat mengejutkan orang ramai. Kementerian Kesihatan bersama Koo Soo Restaurants and Chefs Association telah melancarkan garis panduan makanan sempena Tahun Baru Cina. Ini bertujuan membantu rakyat merayakan Tahun Baru Cina dengan gaya hidup yang lebih sihat terutamanya tentang makanan. Ini merupakan satu tindakan yang akan membawa manfaat kepada rakyat demi menjaga kesihatan mereka.
Lidah Pengarang Nanyang Siang Pau, 6 Februari 2013
Komen : Semua rakyat bertanggungjawab menjaga kesihatan sendiri bagi membentuk sebuah masyarakat yang lebih sihat.
PHENG YIN HUAH : MCKIP ADALAH PROJEK KEBANGGAAN RAKYAT KUANTAN
Presiden Hua Zong, Tan Sri Pheng Yin Huah berkata, penubuhan Malaysia-China Kuantan Industrial Park adalah projek kebanggaan rakyat Kuantan. Dijangka ia akan merangsangkan perkembangan industri serta membawa pelaburan yang besar kepada Kuantan. Beliau berharap peniaga tempatan akan mengambil peluang ini untuk menyertai projek pembangunan itu dan membawa manfaat kepada Kuantan.
Berita Nanyang Siang Pau 6 Februari 2013
Komen : Diharapkan peniaga tempatan menyertai projek MCKIP supaya MCKIP menjadi penggerak ekonomi Malaysia dan Asia Tenggara.
Wednesday, January 30, 2013
PM BERJAYA BAWA MASUK PELABURAN
PM
Datuk Seri Najib Razak telah kembali dari menghadiri Forum Ekonomi Dunia (WEF)
yang diadakan di Davos dan lawatan ke
Gaza dan Mesir. Lawatan PM kali ini telah menyempurnakan dua misi. Pertama, PM
telah memperkenalkan dasar transformasi
negara dan jenama Malaysia kepada dunia dan mendapat hasil yang lumayan. Kedua, PM menjadi pemimpin
Malaysia yang pertama dalam sejarah yang
melawat Gaza dan ini amat bermakna.
Lidah Pengarang Sin Chew Daily 30 Januari 2013
Komen : Tahniah kepada PM Datuk Seri NajibRazak kerana telah berjaya memperkenalkan Malaysia kepada dunia melalui Forum Ekonomi Dunia (WEF) di DAvos baru-baru ini. PM juga berjaya membawa masuk ke Malaysia pelaburan asing berpotensi bernilai RM5.5 bilion.
Friday, January 18, 2013
MASYARAKAT CINA TUNGGU BERITA BAIK DARIPADA PM
Wakil daripada Hua Zong dan ACCCIM telah berjumpa dengan PM Datuk Seri
Najib Razak pada hari Rabu lalu. Ini merupakan kali pertama PM berjumpa dengan
wakil persatuan Cina sejak PRU yang lalu. Pada perjumpaan kali ini, Hua Zong
telah mengemukakan memorandum mengenai lapan isu tentang masyarakat Cina,
manakala ACCCIM mengemukakan 20 perkara tentang perniagaan dan perindustrian
negara ini. PM telah memberi respon yang positif terhadap
isu-isu masyarakat Cina. Wakil-wakil
persatuan Cina berharap PM akan memberi berita yang baik kepada masyarakat Cina
pada masa terdekat.
Lidah Pengarang Sin Chew Daily 18 Januari 2013
Komen : Masyarakat Cina telah lama memperjuangkan kepentingan untuk kaum Cina negara ini dan berharap kaum Cina menerima layanan yang adil dalam bidang politik, ekonomi, pendidikan dan kebudayaan. Jika dasar yang membawa manfaat kepada masyarakat Cinan dapat dilaksanakan, nescaya BN akan mendapat tepukan daripada masyarakat Cina.
Lidah Pengarang Sin Chew Daily 18 Januari 2013
Komen : Masyarakat Cina telah lama memperjuangkan kepentingan untuk kaum Cina negara ini dan berharap kaum Cina menerima layanan yang adil dalam bidang politik, ekonomi, pendidikan dan kebudayaan. Jika dasar yang membawa manfaat kepada masyarakat Cinan dapat dilaksanakan, nescaya BN akan mendapat tepukan daripada masyarakat Cina.
Wednesday, January 9, 2013
SUSPEK BERJAYA LARIKAN DIRI JEJAS KEWIBAWAAN PASUKAN POLIS
Empat
anggota polis yang menghantar sembilan orang suspek dari Penjara Pulau Pinang ke Mahkamah
Seberang Perai telah diserang oleh suspek dalam
perjalanan. Suspek berjaya melarikan diri. Dua daripada sembilan suspek kemudian
menyerahkan diri. Pihak polis sedang
memburu tujuh suspek yang lain. Peristiwa itu telah mencetuskan perhatian orang
ramai. Pihak polis selain mengakui kelalaian diri harus dengan segera menahan
tujuh suspek yang melarikan diri. Tindakan
tegas harus diambil terhadap anggota polis yang lalai yang menyebabkan
peristiwa tersebut.
Lidah Pengarang Sin Chew Daily 9 Januari 2013
Komen : Pihak polis harus memberi penjelasan tentang beberapa kelemahan pada pasukan polis yang menyebabkan berlakunya kes suspek berjaya melarikan diri ketika di bawah kawalan polis.
Thursday, January 3, 2013
SEMUA SMPC PENUH DENGAN PELAJAR
Bilangan pelajar yang memohon untuk
melanjutkan pelajaran di tingkatan satu sekolah menengah persendirian Cina
seluruh negara pada tahun 2013 jauh lebih ramai berbanding tahun lepas. Banyak
permohonan terpaksa ditolak kerana sekolah berkenaan tidak mampu mengambil
pelajar baru yang bilangannya melonjak keterlaluan. Didapati lebih 3697
permohonan pelajar di seluruh negara telah ditolak kerana tiada kekosongan
tempat.
Sin Chew Daily 2.1.2013Komen :SMPC harus mengambil peluang sambutan baik terhadap SMPC untuk mengembangkan pendidikannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)