Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu menggesa Kerajaan Pusat untuk memberitahu rakyat dengan jelas operasi AES bagi menghapuskan kekeliruan. Beliau mencadangkan tempoh percubaan untuk AES sebelum pelaksanaan sepenuhnya.
Berita Sin Chew Daily 31 Oktober 2012
Komen : Kerajaan harus mengkaji semula pelaksanaan AES bagi menghapuskan kekeliruan rakyat.
Wednesday, October 31, 2012
Friday, October 19, 2012
UBAH SISTEM, HAPUSKAN PENYALAHGUNAAN
Daripada pendedahan pelbagai penyalahgunaan dan pembaziran oleh jabatan dan agensi kerajaan yang dilaporkan oleh Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun, boleh dikatakan terdapat kelemahan dalam sistem pentadbiran kerajaan. Sekiranya tiada penambahbaikan atau perubahan dibuat pada sistem pentadbiran jabatan kerajaan sekarang, penyalahgunaan dan pembaziran akan diteruskan setiap tahun. Diharapkan program transformasi kerajaan dapat menangani masalah penyalahgunaan yang wujud pada pentadbiran kerajaan.
Lidah Pengarang Nanyang Siang Pau 19/10/2012
Komen : Penyalahgunaan pada jabatan dan agensi kerajaan yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara perlu diperbetulkan demi kebaikan kerajaan dan negara.
Tuesday, October 2, 2012
SEMANGAT DEMOKRASI PADA PILIHAN RAYA KAMPUS
Pilihan raya kampus telah bermula di 20 IPTA dalam negeri. Pilihan raya kampus biasanya diadakan pada bulan Mac atau April tetapi tahun ini diadakan pada bulan September. Ada yang meneka, pilihan raya kampus diadakan pada bulan September ada kaitan dengan PRU akan datang. Sama ada pilihan raya kampus tahun ini akan hangat seperti tahun yang lalu belum diketahui tetapi pertengkaran tentang kelayakan calon telah berlaku pada hari penamaan calon untuk kampus Universiti Malaya. Pada tahun-tahun yang lalu, pilihan raya kampus diganggu oleh parti politik sering berlaku dan dipercayai tahun ini tidak ada kekecualian. Pengarang berpendapat parti politik tidak harus campur tangan dalam pilihan raya kampus. Pelajar IPTA harus diberi kebebasan dalam mengundi. Kerajaan harus memahami pemikiran pelajar IPTA melalui pilihan raya kampus dan tidak campur tangan dalam hal itu.
Monday, October 1, 2012
BAJET YANG AGAK LENGKAP
Bajet 2013 yang diumumkan oleh PM Datuk Seri Najib Razak boleh dikatakan hampir menemui jangkaan semua pihak. Jumlah peruntukan tahun depan sebanyak RM251.6 bilion telah bertambah 8% berbanding dengan RM232.8 bilion tahun ini. Jumlah peruntukan tahun depan bertambah adalah wajar kerana pelaksanaan program transformasi kerajaan dan ekonomi. PM jangka pendapatan negara tahun depan akan mencapai RM208.6 bilion dan ini dapat mengurangkan defisit kepada 4% daripada 4.5% pada tahun 2012. Kerajaan yakin defisit akan terus dikurangkan kepada 3% pada tahun 2015.
Pada keseluruhannya Bajet 2013 agak lengkap dan membawa manfaat kepada rakyat walaupun terdapat sesetengah sektor yang masih diabaikan oleh kerajaan selama ini. Diharapkan pada bajet-bajet akan datang, golongan yang diabaikan oleh kerajaan juga diambil berat supaya bajet benar-benar memanfaatkan semua rakyat.
Lidah Pengarang Nanyang Siang Pau 1 Oktober 2012
Komen : Boleh dikatakan rakyat segenap lapisan mendapat manfaat daripada Bajet 2013.
Pada keseluruhannya Bajet 2013 agak lengkap dan membawa manfaat kepada rakyat walaupun terdapat sesetengah sektor yang masih diabaikan oleh kerajaan selama ini. Diharapkan pada bajet-bajet akan datang, golongan yang diabaikan oleh kerajaan juga diambil berat supaya bajet benar-benar memanfaatkan semua rakyat.
Lidah Pengarang Nanyang Siang Pau 1 Oktober 2012
Komen : Boleh dikatakan rakyat segenap lapisan mendapat manfaat daripada Bajet 2013.
Subscribe to:
Posts (Atom)