Presiden Hua Zong, Pheng Yin Huah mengingatkan masyarakat Cina untuk prihatin kepada perkara 8 dalam surat kelulusan Sekolah Menengah Chong Hwa Kuantan, perkara itu tidak terdapat untuk penubuhan sekolah menengah kebangsaan. Beliau menegaskan Perkara 8 telah menjelaskan kurikulum yang diluluskan untuk institusi itu adalah Kurikulum Kebangsaan (KBSM dan KSSM). Kementerian Pelajaran juga mengambil maklum bahawa institusi yang ditubuhkan itu akan juga melaksanakan mata pelajaran di luar Kurikulum Kebangsaan.
Katanya surat kelulusan berkenaan akan dikembali kepada Kementerian Pelajaran untuk pindaan. Jawatankuasa Kerja Pulihkan SMPC Kuantan akan memperjuangkan supaya perkataan UEC dan SMPC dimasukkan dalam surat kelulusan berkenaan.
Sin Chew Daily 23 Ogos 2012
Komen : Tindakan Jawatankuasa Kerja Pulihkan SMPC Kuantan untuk memperjuangkan supaya perkataan UEC dan SMPC dimasukkan dalam surat kelulusan berkenaan harus disokong bagi menghapuskan kekeliruan dalam masyarakat Cina.