Penulis rencana tidak bersetuju dengan kenyataan Pengerusi CUEPACS bahawa jawatan dan gaji menjadi punca kuam Cina tidak minat menyertai perkhidmatan awam. Difahamkan iklan pengambilan penjawat awam biasanya dikeluarkan melalui akhbar Bahasa Malaysia. Kaum Cina tidak membaca akhbar Bahasa Malaysia, mereka tidak tahu bilakah JPA akan mengambil penjawat awam baru . Ramai pegawai kanan kerajaan menegaskan gaji tinggi sektor swasta telah menarik kaum Cina. Sebenarnya bukan semua syarikat swasta menawarkan gaji yang tinggi. Sesetengah pekerja swasta menerima gaji yang lebih rendah berbanading dengan gaji penjawat awam sekarang.
China Press 28 Jun 2012
Komen : JPA diminta mengiklankan pengambilan penjawat awam di akhbar Cina dan Tamil tempatan supaya lebih ramai kaun bukan Melayu berpeluang memohon jawatan dalam perkhidmatan awam.
Thursday, June 28, 2012
Tuesday, June 26, 2012
GAJI MINIMUM YANG BERBEZA UNTUK SEKTOR BERLAINAN
Persekutuan Persatuan Ekonomi dan Perdagangan Malaysia –China menyeru kerajaan untuk menangguhkan serta mengkaji semula sistem gaji minimum sektor swasta. Persatuan itu berpendapat gaji minimum yang berbeza harus ditetapkan bagi sektor yang berbeza. Ini supaya sistem gaji minimum tidak membawa kesan negatif kepada ekonomi negara.
China Press 25 Jun 2012
Komen : Cadangan gaji minimum yang berbeza untuk sektor yang berlainan disokong.
China Press 25 Jun 2012
Komen : Cadangan gaji minimum yang berbeza untuk sektor yang berlainan disokong.
Thursday, June 21, 2012
SKIM PENCEN SEUMUR HIDUP
Cadangan Skim Pencen Seumur Hidup bagi menangani masalah pesara menghabiskan semua wang simpanan KWSP dalam tempoh 3 hingga 5 tahun selepas bersara memang baik. Penulis berpendapat pihak berkuasa harus berusaha meningkatkan wang simpanan pekerja supaya keluaran wang simpanan pesara setiap bulan mampu mengatasi keperluan harian. Selain itu pesara harus diberi opsyen untuk mengeluarkan wang simpanan dengan sejumlah yang besar bagi menangani hal kecemasan yang berlaku.
Rencana Nanyang Siang Pau 21 Jun 2012
Komen : Pelaksanaan Skim Pencen Seumur haruslah fleksibel mengikut keperluan individu.
Rencana Nanyang Siang Pau 21 Jun 2012
Komen : Pelaksanaan Skim Pencen Seumur haruslah fleksibel mengikut keperluan individu.
Tuesday, June 19, 2012
BEBAS DAN TERBUKA ADALAH TREND DUNIA
PM Datuk Seri Najib Razak memilih untuk menghapuskan beberapa amalan yang buruk menjelang PRU akan datang merupakan satu keputusan politik yang berani dan bijak. Rakyat perlu memberi sokongan penuh kepada beliau. Sebagai negara yang mengamalkan sistem demokratik, bebas dan terbuka adalah haluan Malaysia.
Nanyang Siang Pau (Opinion) 19 Jun 2012
Komen : Keputusan kerajaan untuk menghapuskan amalan buruk seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA) perlu disokong.
Nanyang Siang Pau (Opinion) 19 Jun 2012
Komen : Keputusan kerajaan untuk menghapuskan amalan buruk seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA) perlu disokong.
Thursday, June 14, 2012
DONG ZONG DAN MCA TIDAK BIJAK
Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak permohonan Sekolah Menengah Persendirian Cina di Kuantan dengan alasan beliau terikat oleh ‘Perjanjian sejarah’ iaitu parti komponen BN telah mencapai persetujuan dengan kerajaan untuk mengekalkan status quo sekolah menengah persendirian Cina pada tahun 1995 semasa pembentangan Rang Undang-undang Pendidikan 1995 . Kenyataan Muhyiddin telah mencetuskan perselisihan antara Dong Zong dan MCA tentang perjanjian berkenaan. Penulis rencana berpendapat Dong Zong dan MCA tidak harus membuang masa bertengkar tentang sama ada perjanjian itu wujud tetapi meminta Muhyiddin untuk mengemukakan perjanjian sejarah yang disebutnya. Jika perjanjian sejarah tidak wujud, Muhyiddin perlu membetulkan kenyataannya, tetapi jika perjanjian sejarah itu wujud, MCA perlu meminta supaya kerajaan membatalkannya.
Rencana China Press 14 Jun 2012
Komen : Cadangan penulis rencana ini harus dipertimbangkan oleh Dong Zong dan MCA dalam usaha mendapatkan kelulusan bagi membina sebuah sekolah menengah persendirian Cina di Kuantan.
Saturday, June 9, 2012
KEPUTUSAN POLITIK YANG SALAH
Untuk mencabar kemampuan kerajaan PR dalam melaksanakan dasar pendidikan percuma di Selangor, Kementerian Pengajian Tinggi dengan tiba-tiba membekukan pinjaman PTPTN kepada pelajar-pelajar baru yang belajar di universiti-universiti di bawah Kerajaan Selangor.Pada hal itu Kementerian Pengajian Tinggi telah menerima kritikan dari pelbagai pihak termasuk pihak penentang dan pihak penyokong kerajaan. Akhirnya Kementerian Pengajian Tinggi terpaksa mengumumkan pembekuan berkenaan ditarik balik.Daripada sudut politik, PR lebih mahir dalam menangani krisis. Langkah BN yang menggunakan pelajar sebagai buah catur bukan sahaja tidak berjaya mengalahkan publisiti PR yang membangkitkan pendidikan percuma tetapi mencetuskan bantahan banyak pihak.
Nanyang Siang Pau 9 Jun 2012.
Komen : Pengumuman Kementerian Pengajian Tinggi untuk menarik balik pembekuan pinjaman PTPTN kepada pelajar-pelajar baru universiti-universiti di bawah Kerajaan PR Selangor adalah tepat memandangkan tindakan memberi pinjaman kepada pelajar yang memerlukan bantuan adalah tanggungjawab kerajaan.
Nanyang Siang Pau 9 Jun 2012.
Komen : Pengumuman Kementerian Pengajian Tinggi untuk menarik balik pembekuan pinjaman PTPTN kepada pelajar-pelajar baru universiti-universiti di bawah Kerajaan PR Selangor adalah tepat memandangkan tindakan memberi pinjaman kepada pelajar yang memerlukan bantuan adalah tanggungjawab kerajaan.
Friday, June 8, 2012
PM DAN TIMBALAN SETUJU SIASAT KONTRAK SOSIAL
Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, berhubung kontrak sosial yang dibangkitkan oleh Dong Zong, empat menteri MCA telah menyatakan pendirian mereka tentang perkara kontrak sosial kepada Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin di mana PM dan TPM telah bersetuju MCA menjalankan siasatan terhadap kontrak berkenaan.
Nanyang Siang Pau 7 Jun 2012
Nanyang Siang Pau 7 Jun 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)