Wednesday, February 27, 2013

MANIFESTO PILIHAN RAYA PR

PR telah melancarkan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan menawarkan pelbagai janji untuk rakyat. Tetapi manifesto itu tidak menyentuh tentang sumber kewangan  untuk melaksanakan janji-janji berkenaan. Penulis meramalkan manifesto PR itu pasti dikutuk oleh BN sebagai manifesto yang akan menyebabkan negara menjadi  muflis. Manifesto  PR juga tidak memberitahu cara PR mentadbir negara ini serta siapa akan menjadi PM setelah berkuasa.  Walau bagaimanapun PR mendahului BN untuk melancarkan manifesto pilihan raya  akan memberi tekanan kepada BN dan PM Datuk Seri Najib Razak.
Rencana Nanyang Siang Pau 26 Februari 2013
Komen : PR perlu beritahu sumber kewangan untuk menunaikan janji-janjinya bagi menyakinkan  pengundi. 

Saturday, February 23, 2013

GAJI MINIMUM PEKERJA ASING HARUS DITANGGUHKAN

Sejak pengumuman  pelaksanaan sistem gaji minimum di negara ini awal tahun ini , perselisihan tentang pelaksanaan gaji minimum untuk pekerja asing   tidak berhenti. Cara pelaksanaan gaji minimum yang berubah-ubah  amat merunsingkan majikan.    Sehingga kini satu formula yang membawa manfaat kepada majikan dan pekerja asing belum dicari. Perubahan dalam pelaksanaan  gaji minimum telah mencetuskan tindakan mogok daripada pekerja asing  serta hubungan yang tegang antara majikan dengan pekerja asing. Kementerian sumber Manusia digesa segera menangguhkan pelaksanaan sistem gaji minimum sehingga satu formula yang membawa manfaat kepada majikan dan pekerja asing dicari.
Lidah Pengarang Nanyang Siang Pau 23 Februari 2013
Komen :  Pelaksanaan gaji minimum untuk pekerja asing harus ditangguhkan demi kebaikan majikan dan Kerajaan.

Friday, February 22, 2013

TREN LAJU KL-SINGAPURA RANGSANG EKONOMI KEDUA-DUA NEGARA

Kerajaan Malaysia dan Singapura telah bersetuju  membangunkan projek rel kereta api laju sepanjang 354 kilometer antara Kuala Lumpur dan Singapura yang akan memendekkan waktu perjalanan Kuala Lumpur- Singapura kepada 90 minit sahaja. Pembina projek kereta api laju itu memberi simbolik  hubungan Malaysia dengan Singapura  bertambah rapat.  Kerjasama pada projek strategik itu dapat meningkatkan hubungan komersial dan lawatan rakyat kedua-dua negara.  Dipercayai  projek tersebut akan membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.  
Lidah Pengarang Nanyang Siang Pau  22 Feb 2013
Komen : Projek Tren Laju KL-Singapura harus disokong oleh rakyat kedua-dua negara.

Thursday, February 21, 2013

BN PERLU SOKONG ORANG CINA

PM Datuk Seri Najib Razak  dan bekas PM Tun Mahathir telah banyak kali mengingatkan orang Cina  supaya sokong  BN dan tidak tukar kerajaan.   Sebenarnya pada 12 kali PRU yang lalu kebanyakan pengundi Cina memberi sokongan  kepada BN terutamanya calon UMNO yang menyebabkan kemenangan BN. Selain  PM Najib Razak  dan  bekas PM Tun Abdullah Ahmad Badawi, Menteri Pertanian dan Industri asas Tani, Datuk Noh Omar juga mengakui bahawa undi Cina bantu BN mendapat kemenangan pada PRU tahun 1999 dan 2004. Apa yang mengecewakan kaum Cina ialah BN tidak sokong orang Cina. Hak kepentingan kaum Cina diabaikan oleh Kerajaan BN. Orang Cina menganggap diri sebagai rakyat kelas dua di Malaysia. Pada PRU ke-13, orang Cina beri sokongan kepada PR, PAS  juga mendapat undi sokongan dari orang Cina. Perubahan yang diharap-harapkan orang Cina  daripada Kerajaan BN  tidak berubah. Contohnya, perbezaan antara Bumiputera dengan bukan  Bumiputera, kebanyakan projek kerajaan diberi kepada syarikat Bumiputera, Bumiputera dapat  diskaun 7% pada harga  jualan rumah, sukar untuk menambah SJKC, peruntukan yang kurang untuk SJKC, kekurangan guru di SJKC , dasar tidak menambah bilangan SMPC dan lain-lain. Orang Cina pada keseluruhannya merasa keliru. Bolehkah keadaan tersebut berubah tanpa pertukaran kerajaan ? 

Rencana Nanyang Siang Pau  21 Februari 2013
Komen : Jika Kerajaan BN dapat memenuhi permintaan pengundi Cina, nescaya pengundi Cina akan sokong BN.

Wednesday, February 6, 2013

BENTUK MASYARAKAT YANG LEBIH SIHAT

Makan dan minum berlebihan pada musim perayaan Tahun Baru Cina  telah menjadi satu amalan yang tidak sihat.  Menurut satu kajian,  daripada 181 orang dewasa yang ditemu duga,  didapati berat badan 51% daripada mereka  telah  meningkat 0.7 Kg dalam tempoh 14 hari perayaan Tahun Baru Cina. Ini amat mengejutkan orang ramai. Kementerian Kesihatan bersama Koo Soo Restaurants and Chefs Association telah  melancarkan  garis panduan makanan sempena Tahun Baru Cina. Ini bertujuan  membantu rakyat merayakan Tahun Baru Cina  dengan gaya hidup yang lebih sihat terutamanya tentang makanan.  Ini merupakan satu tindakan yang akan membawa  manfaat kepada rakyat demi menjaga kesihatan mereka.
Lidah Pengarang Nanyang Siang Pau,  6 Februari 2013
Komen : Semua rakyat bertanggungjawab menjaga kesihatan sendiri bagi membentuk sebuah masyarakat yang lebih sihat.

PHENG YIN HUAH : MCKIP ADALAH PROJEK KEBANGGAAN RAKYAT KUANTAN

Presiden Hua Zong, Tan Sri Pheng Yin Huah berkata, penubuhan Malaysia-China Kuantan Industrial Park adalah projek kebanggaan rakyat Kuantan. Dijangka  ia akan merangsangkan  perkembangan industri serta membawa pelaburan yang besar  kepada Kuantan. Beliau berharap peniaga tempatan akan mengambil peluang ini untuk menyertai projek pembangunan itu dan  membawa manfaat kepada Kuantan.
Berita Nanyang Siang Pau 6 Februari 2013
Komen : Diharapkan peniaga tempatan menyertai projek MCKIP supaya MCKIP menjadi penggerak ekonomi Malaysia dan Asia Tenggara.