Wednesday, January 30, 2013

PM BERJAYA BAWA MASUK PELABURAN


PM Datuk Seri Najib Razak telah kembali dari menghadiri Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang diadakan di  Davos dan lawatan ke Gaza dan Mesir. Lawatan PM kali ini telah menyempurnakan dua misi. Pertama, PM telah memperkenalkan dasar  transformasi negara dan jenama Malaysia kepada dunia dan mendapat  hasil yang lumayan. Kedua, PM menjadi pemimpin Malaysia yang pertama dalam sejarah  yang melawat Gaza dan ini amat bermakna.
Lidah Pengarang Sin Chew Daily 30 Januari 2013
Komen : Tahniah kepada PM Datuk Seri  NajibRazak kerana telah berjaya memperkenalkan Malaysia kepada dunia melalui Forum Ekonomi Dunia (WEF) di DAvos baru-baru ini. PM juga berjaya membawa masuk ke Malaysia pelaburan asing berpotensi bernilai  RM5.5 bilion.

 

Friday, January 18, 2013

MASYARAKAT CINA TUNGGU BERITA BAIK DARIPADA PM

Wakil daripada Hua Zong  dan ACCCIM telah berjumpa dengan PM Datuk Seri Najib Razak pada hari Rabu lalu. Ini merupakan kali pertama PM berjumpa dengan wakil persatuan Cina sejak PRU yang lalu. Pada perjumpaan kali ini, Hua Zong telah mengemukakan memorandum mengenai lapan isu tentang masyarakat Cina, manakala ACCCIM mengemukakan 20 perkara tentang perniagaan dan perindustrian negara ini.   PM telah memberi respon yang positif terhadap isu-isu masyarakat Cina.  Wakil-wakil persatuan Cina berharap PM akan memberi berita yang baik kepada masyarakat Cina pada masa terdekat.

Lidah  Pengarang Sin Chew Daily 18 Januari 2013

Komen : Masyarakat Cina telah lama memperjuangkan kepentingan untuk kaum Cina negara ini dan berharap kaum Cina menerima layanan yang adil dalam bidang politik, ekonomi, pendidikan dan kebudayaan.  Jika dasar yang membawa manfaat kepada masyarakat Cinan dapat dilaksanakan, nescaya BN akan mendapat tepukan daripada masyarakat Cina. 

Wednesday, January 9, 2013

SUSPEK BERJAYA LARIKAN DIRI JEJAS KEWIBAWAAN PASUKAN POLIS



Empat anggota polis yang menghantar sembilan orang suspek  dari Penjara Pulau Pinang ke Mahkamah Seberang Perai telah diserang oleh suspek   dalam perjalanan. Suspek berjaya melarikan diri. Dua daripada sembilan suspek kemudian menyerahkan  diri. Pihak polis sedang memburu tujuh suspek yang lain. Peristiwa itu telah mencetuskan perhatian orang ramai.  Pihak polis selain mengakui  kelalaian diri harus dengan segera menahan tujuh suspek yang melarikan  diri. Tindakan tegas harus diambil terhadap anggota polis yang lalai yang menyebabkan peristiwa tersebut.
Lidah Pengarang Sin Chew Daily 9 Januari 2013
Komen : Pihak polis harus memberi penjelasan tentang beberapa kelemahan pada pasukan polis yang menyebabkan berlakunya kes suspek berjaya melarikan diri ketika  di bawah  kawalan polis.

Thursday, January 3, 2013

SEMUA SMPC PENUH DENGAN PELAJAR


Bilangan pelajar yang memohon untuk melanjutkan pelajaran di tingkatan satu sekolah menengah persendirian Cina seluruh negara pada tahun 2013 jauh lebih ramai berbanding tahun lepas. Banyak permohonan terpaksa ditolak kerana sekolah berkenaan tidak mampu mengambil pelajar baru yang bilangannya melonjak keterlaluan. Didapati lebih 3697 permohonan pelajar di seluruh negara telah ditolak kerana tiada kekosongan tempat.
Sin Chew Daily  2.1.2013
Komen :SMPC harus mengambil peluang sambutan  baik terhadap SMPC untuk mengembangkan pendidikannya.