Tuesday, November 27, 2012

ATASI MASALAH PENDIDIKAN CINA SELAMA-LAMANYA

Perjumpaan antara Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan tiga perwakilan persatuan Cina tentang Laporan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 telah membawa hasil. Menteri Pelajar bersetuju untuk mengekalkan  kelas peralihan, mengkaji kurikulum Bahasa Malaysia untuk SJKC dan masa untuk pembelajaran bahasa Mandarin dikekalkan  pada 300 minit seminggu. Pelaksanaan persetujuan  tersebut memang boleh menghapuskan kebimbangan masyarakat Cina bahawa SJKC  akan dijadikan sekolah kebangsaan. Tetapi Laporan Pelan Pembangunan Pendidikan  perlu dengan jelas mengiktiraf sumbangan sekolah pelbagai aliran dan memberi bantuan kepada perkembangan bahasa ibunda. Masalah yang dihadapi oleh SJKC memang banyak. Diharapkan Menteri Pelajaran dapat berjumpa dengan wakil persatuan pendidikan Cina dengan lebih kerap bagi mengatasi masalah-masalah untuk selama-lamanya. 
Rencana Sin Chew Daily 27 November
Komen : Pandangan dan cadangan masyarakat Cina terhadap masalah-masalah pendidikan Cina harus diterima oleh kerajaan agar masalah itu  diatas selama-lamanya.

Wednesday, November 14, 2012

TINDAKAN KESATUAN GURU BESAR DIPUJI

Laporan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 telah menarik perhatian golongan pendidik Cina sejak pengumumannya, khasnya tentang cadangan murid darjah empat  SJKC menggunakan buku teks bahasa Malaysia   sekolah kebangsaan. Pada seminar kajian pelan pembangunan Pendidikan anjuran MCA, para hadirin sebulat suara membantah cadangan itu dan mengemukakan cadangan-cadangan yang membina. Antara mereka yang hadiri seminar itu, Kesatuan Guru Besar Kebangsaan telah mengemukakan laporan yang amat lengkap tentang bantahan penggunaan buku teks bahasa Malaysia sekolah kebangsaan di SJKC dengan menyertakan data dan teori untuk menyokong kenyataannya.
Tidak boleh dinafikan dasar pendidikan negara ini mempunyai banyak kelemahan dan ketidakadilan yang perlu diperbaiki. Dipercayai  melalui cadangan-cadangan yang rasional terhadap dasar pendidikan negara, banyak masalah-masalah boleh diatasi. Cadangan-cadangan yang membina dan profesional serta  tidak berat sebelah  harus dipuji.
Sin Chew Daily 14 November
Komen :  Laporan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 harus dikaji bagi mengatasi perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat.

Tuesday, November 6, 2012

KAJI KELEMAHAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

Tahun lepas kerajaan memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan  Sekolah di sekolah rendah  dan sistem itu dimulakan untuk  pelajar tingkatan satu sekolah menengah tahun ini. Malangnya pelbagai masalah yang timbul  ekoran pelaksanaan PBS telah mencetuskan kritikan semua pihak. Ibu bapa merasa ragu terhadap sistem baru itu  kerana mereka tidak dapat menyelia perkembangan anak mereka, manakala guru sekolah juga kurang faham tentang PBS. Pelbagai masalah yang timbul  terbukti PBS wujud kelemahan dan perlu dikaji dan diperbaiki.

Lidah Pengarang Sin Chew Daily  6 November 2012

Komen : Kerajaan harus mengkaji masalah yang timbul ekoran pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah agar sistem  itu tidak membebankan  guru dan murid sekolah.