Friday, July 27, 2012

RASIONAL TERHADAP PEMASANGAN RFID UNTUK INDUSTRI SARANG BURUNG

Pengarang berpendapat jika pihak China telah menetapkan syarat-syarat yang perlu diikuti oleh negara-negara yang ingin mengeksport sarang burung ke China, termasuk pemasangan RFID pada rumah burung walet, pengusaha sarang burung walet haruslah mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Ini akan memudahkan pengeksportan sarang burung walet ke China. Kerajaan digesa membantu pengusaha kecil untuk memasang RFID supaya pengeksport sarang burung walet ke China dapat dipercepatkan.

Lidah Pengarang Nanyang Siang Pau 27 Julai 2012

Komen : Pengusaha sarang burung walet harus mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan  oleh negeri China jika mereka ingin mengeksport sarang burung ke negeri China.

Wednesday, July 25, 2012

PENGURUSAN BEKALAN AIR

Kerajaan Pusat telah memutuskan untuk menyempurnakan tender untuk dua loji rawatan air di Hulu Langat dalam masa terdekat bagi mengelakkan berlakunya kekurangan bekalan air di Selangor. Disebabkan masalah penyelarasan tarif air dan pampasan belum diselesaikan, Kerajaan Pusat telah menolak cadangan Kerajaan Selangor untuk mengambil alih SYABAS.
Pengarang berpendapat Kerajaan Pusat dan Negeri harus mengetepikan perselisihan mereka pada politik dan menangani masalah bekalan air  secara profesional.Kerajaan Pusat harus hormati Kerajaan Negeri dan Kerajaan Selangor harus meluluskan pembinaan loji rawatan air bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. 

Lidah Pengarang Sin Chew Daily 25 Julai 2012

Komen : Kerjasama antara Kerajaan Pusat dan Selangor perlu dalam mengatasi masalah kekurangan bekalan air  di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. 

Thursday, July 19, 2012

SC PERLU TINGKATKAN KAWALAN TERHADAP PERUSAHAAN

Disebabkan bekas CEO Syarikat Sime Darby, Ahmad Zubir tidak memelihara kepentingan syarikat dan juga menipu Majlis Pengarah yang menyebabkan syarikat mengalami kerugian lebih RM 100 juta, beliau didakwa di mahkamah oleh SPRM. Peristiwa itu amat menarik perhatian pasaran. Campur tangan ahli politik  dalam  perusahaan menyebabkan sesetengah  pegawai kanan syarikat yang tersenarai dalam BSKL  tidak menghiraukan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Oleh itu SC diminta tingkatkan kawalan terhadap syarikat-syarikat yang tersenarai dalam BSKL.

Lidah Pengarang Sin Chew Daily 19 Julai

Komen : SC perlu tingkatkan kawalan terhadap syarikat-syarikat tersenarai dalam BSKL supaya kes rasuah, penyalahgunaan kuasa oleh pegawai kanan syarikat dikurangkan.

Tuesday, July 10, 2012

DEBAT MASIH TIDAK TUMPU PADA DASAR DAN CARA PELAKSANAAN

Pakar analisa politik, Cheah See Kian dan komentator hal ehwal semasa, Zheng Ming Lie berpendapat debat 2.0 antara Lim Guan Eng dan Chua Soi Lek kali ini telah bertambah baik berbanding debat kali pertama. Akan tetapi kedua-dua pihak lebih menumpu perhatian kepada kelemahan pihak penentang dan kurang menyentuh tentang dasar-dasar dan cara pelaksanaan dasar berkenaan.

China Press 10 Julai 2012

Komen : Orang ramai kecewa terharap debat 2.0 antara  Lim Guan Eng dan Chua Soi Lek kerana kedua-dua pihak asyik menekan kepada prestasi yang lalu dan kurang menyentuh dasar-dasar yang akan dilaksanakan  dan cara pelaksanaannya.

Monday, July 9, 2012

BANTU PENANAM BUAH DAN SAYUR ATASI KESUSAHAN

Penanam buah dan sayur negara ini  pada keseluruhannya menghadapi tiga masalah utama iaitu kekurangan pekerja, hilang subsidi pengeluaran dan tanah cucuk tanam yang tidak mencukupi. Masalah itu menjejaskan pengeluaran buah-buahan dan sayur-sayuran oleh penanam. Di bawah konsep 'Rakyat didahulukan' kerajaan harus memberi bantuan kepada sektor pertanian supaya pengeluaran buah-buahan dan sayur-sayuran dipertingkatkan. Sektor pertanian sebagai penggerak pertumbuhan ekonomi negara ini harus diberi perhatian dan bantuan.

Lidah Pengarang Sin Chew Daily 9 Julai 2012

Komen : Kerajaan harus memberi bantuan kepada para penanam sayur-sayuran dan buah-buahan untuk meningkatkan hasil pertanian supaya Malaysia tidak bergantung kepada sayur-sayuran dan buah-buahan import.

Saturday, July 7, 2012

PARTI POLITIK HARUS RASIONAL DALAM KEMUKAKAN SOALAN

Pengarang amat kesal dengan amalan sesetengah wakil rakyat yang suka mengemukakan persoalan yang tidak ada kaitan dengan kepentingan rakyat pada sidang DUN atau Parlimen. Contohnya Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Melaka, Gan Tian Loo pada Sidang DUN Melaka baru-baru ini  telah mempersoalkan ADUN DAP, Chew Gek Cheng tentang hubungan sulit  suaminya Lim Guan Eng dengan Ng Phaik Kheng. Peristiwa itu menyebabkan  lima orang ADUN DAP dihalang daripada menghadiri sidang DUN Melaka selama 6 bulan.
Sungguhpun MCA telah berjaya membalas dendam terhadap DAP tetapi cara MCA mengemukakan persoalan dalam DUN Melaka dianggap tidak berkualiti dan menyebabkan imej MCA terjejas. Mempergunakan isu seks untuk menyerang musuh adalah satu cara yang tidak sihat dan tidak berkualiti dalam arena politik.

Sin Chew Daily  Lidah Pengarang  6 Julai 2012

Komen : Ahli politik perlu bijak dalam mengemukakan persoalan dalam DUN atau parlimen  demi kepentingan  rakyat.

Thursday, July 5, 2012

POLITIK YANG TIDAK TERTAHAN

Pada hari Ahad  lalu, Ketua Menteri Melaka berkata, MCA tidak akan tinggalkan Melaka dan pada hari Isnin, ahli Exco Melaka, Gan Tian Loo membangkitkan skandal Lim Guan Eng pada sidang DUN Melaka. MCA memang berhak melakukan tindak   balas terhadap  serangan hebat  DAP selama ini. Tetapi mempergunakan  hal peribadi  khasnya membawa masuk skandal yang belum disahkan ke dewan undangan negeri (tempat suci) dianggap mempergunakan sumber awam untuk kepentingan parti politik. Seluruh peristiwa nampaknya telah diatur dengan lebih awal. Contohnya Speaker DUN  Melaka membenarkan media utama untuk memasuki DUN untuk mengambil gambar. TV3 pada malam hari Isnin telah memaparkan gambar Betty Chew Gek Cheng dan Utusan Malaysia melaporkan berita Betty Chew di muka  depan akhbarnya. Pengarang berpendapat  bahawa di   Malaysia tidak ada  orang suci pada arena politik. Para ahli politik mempunyai kelemahan sama ada kecil atau besar. Jika masalah peribadi tidak  menjejaskan kepentingan awam  atau menyalahgunakan sumber kerajaan, adalah tidak baik  agensi awam dipergunakan untuk bertindak terhadap pihak berkenaan.

Rencana Sin Chew Daily  5 Julai 2012
Komen : Hal  atau skandal peribadi yang belum disahkan harus tidak dibawa masuk ke Dewan Undangan Negeri untuk perbincangan.