Tuesday, April 24, 2012

PEPERANGAN HIDUP DAN MATI UNTUK GERAKAN

PM Datuk Seri Najib Razak berkata,'Strategi Pakej Mesti Menang' perlu diadakan jika BN ingin menang. Ini bermakna menerima hakikat bahawa keadaan politik telah berubah dan masa sudah tiba  untuk menukar pucuk pimpinan. Sama ada strategi tersebut berkesan perlu melalui ujian PRU akan datang. Jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang diberi kepada Gerakan mungkin menjadi peluang akhir kepada Gerakan untuk menunjuk kebolehannya. Sekiranya Gerakan tidak berjaya mempertahankan kuasa BN di Pulau Pinang atau tidak mencapai prestasi yang lebih  baik berbanding dengan keputusan PRU pada Mac 2008, dipercayai Jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang besar kemungkinan akan jatuh pada tangan MCA atau UNMO.

Nanyang Siang Pau  24 April 2012

Monday, April 16, 2012

BIASISWA 1 MALAYSIA

Masyarakat Cina merasa gembira dan sedih terhadap Skim Biasiswa 1Malaysia. Gembira kerana seramai 1609 pelajar SPM yang mendapat 9A+ akan menerima bantuan daripada kerajaan. Yang sedih ialah kerajaan masih menggunakan sistem kuota dalam pengagihan biasiswa kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Di bawah  konsep 1 Malaysia, kerajaan memberi bantuan kepada golongan berpendapatan  rendah tanpa mengirakan kaum. Kenapa Kerajaan masih kekalkan sistem kuota dalam pengagihan biasiswa  untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dan bukan gunakan sistem merit? Pengagihan biasiswa luar negara perlu selaras dengan konsep 1 Malaysia supaya mereka yang berbakat dipupuk menjadi pemimpin negara.

Nanyang Siang Pau 15 April 2012

Saturday, April 14, 2012

MASALAH KEKURANGAN SJKC

Dalam tempoh 1980-2011, bilangan murid di SK bertambah 962,370 dan bilangan sekolah  kebangsaan telah bertambah 1334 buah. Manakala bilangan murid di SJKC bertamban 26157  orang tetapi  bilangan sekolah jenis kebangsaan Cina dikurangkan  21  buah.   Dalam erti lain  penambahan  setiap 721 murid di SK akan bertambah satu sekolah. Jika mengikut  kiraan tersebut, bilangan SJKC patut bertambah 36 buah dalam tempoh 31 tahun yang lalu. Penulis  mencadangkan  tiga strategi  dalam mengatasi kekurangan bilangan SJKC iaitu bina sekolah , pindah dan tambah bilangan bilik sekolah.

Nanyang Siang Pau  13 April 2012 (Opinion)

Tuesday, April 3, 2012

PROGRAM TRANSFORMASI MEMBAWA KESAN POSITIF

Ketika melancarkan laporan Program Transformasi 2011, Datuk Seri Najib Razak  telah mengumumkan pencapaian kerajaan di bawah  Program Transformasi sejak tiga tahun yang lalu. Penulis berpendapat sungguhpun terdapat sedikit pengubahan dan penambahbaikan di bawah program transformasi tetapi pengubahan itu masih belum mencukupi. Ini kerana  dalam bidang  pakar teknologi, pendidikan, pendapatan rakyat, sistem  sosial dan lain Malaysia  masih jauh di belakang berbanding dengan negara maju.

China Press 3 April 2012